EUVIMEDEUVIMED entdecken
Open Access · CC BY 4.0

Cabaran Sukarelawan Dakwah Masyarakat dalam Pelaksanaan Dakwah

Mariam Abd Majid, Masitah Esa, Nazirul Zainudin, Aisyah Humairak Abdul Rahman

Jurnal Pengajian Islam · 2023

DOI: 10.53840/jpi.v16i2.276 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Jurnal Pengajian Islam, 2023. Verfasst von Mariam Abd Majid und 3 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY 4.0).

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Sukarelawan dakwah merupakan barisan tulang belakang penting dalam pelaksanaan usaha dakwah. Dunia global serta masyarakat yang semakin kompleks menjadikan medan dakwah berhadapan dengan pelbagai kekangan. Situasi ini menuntut ini menuntut usaha bagi memperkasakan golongan sukarelawan dakwah untuk berperanan sebagai kumpulan sokongan untuk membantu usaha dakwah. Namun, wujud beberapa cabaran yang mengekang pelaksanaan usaha dakwah dalam kalangan sukarelawan. Artikel ini bertujuan mengenalpasti cabaran-cabaran yang mengekang pelaksanaan usaha dakwah dalam kalangan sukarelawan. Kajian ini berbentuk kualitatif. Data kajian diperolehi melalui temubual mendalam dengan menggunakan kaedah temubual separa struktur bersama enam orang informen mewakili organisasi dakwah NGO, luar negara, komuniti, mualaf. wanita dan belia. Kesemua informen kajian dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Data kajian dianalisis secara tematik. Dapatan kajian mendapati bahawa antara cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan dakwah golongan sukarelawan ialah kekurangan program pembangunan sukarelawan, kurang kesedaran, minat dan sokongan, keperluan dana dan tenaga sukarelawan, tadbir urus (Governance), kurang pengetahuan berkaitan ideologi dan budaya masyarakat setempat. Adalah diharapkan dapatan ini dapat memperkasakan golongan sukarelawan dakwah, organisasi dakwah, serta pihak-pihak yang terlibat dan berkepentingan dalam usaha pelaksanaan dakwah.

Zitieren

APA

Majid, M. A., Esa, M., Zainudin, N., & Rahman, A. H. A. (2023). Cabaran Sukarelawan Dakwah Masyarakat dalam Pelaksanaan Dakwah. Jurnal Pengajian Islam. https://doi.org/10.53840/jpi.v16i2.276

Vancouver

Majid MA, Esa M, Zainudin N, Rahman AHA. Cabaran Sukarelawan Dakwah Masyarakat dalam Pelaksanaan Dakwah. Jurnal Pengajian Islam. 2023. doi:10.53840/jpi.v16i2.276

BibTeX
@article{Majid2023,
  author = {Majid, Mariam Abd and Esa, Masitah and Zainudin, Nazirul and Rahman, Aisyah Humairak Abdul},
  title = {Cabaran Sukarelawan Dakwah Masyarakat dalam Pelaksanaan Dakwah},
  journal = {Jurnal Pengajian Islam},
  year = {2023},
  doi = {10.53840/jpi.v16i2.276}
}
Kostenlos starten →