Tafsiran Had Umur Pesalah Muda Kanak-Kanak dari Sudut Fiqh dan Perundangan Malaysia
Jurnal Pengajian Islam · 2023
DOI: 10.53840/jpi.v16i2.270 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Jurnal Pengajian Islam, 2023. Verfasst von Siti Hajar Mohd Afendi und 2 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY 4.0).
Abstract (Originalsprache)
Kesalahan jenayah di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu jenayah dalam aspek syariah seperti khalwat serta jenayah sivil seperti mencederakan orang lain. Isu jenayah ini semakin menggusarkan masyarakat apabila ia turut melibatkan pesalah dalam kalangan kanak-kanak sama ada jenayah ringan mahupun jenayah berat. Oleh yang demikian, peruntukan hukuman ke atas kesalahan yang dilakukan merupakan ikhtiar daripada pihak kerajaan dalam mendepani isu peningkatan kes jenayah. Justeru, had umur minimum tanggungjawab jenayah perlu ditelusuri dengan mendalam bagi memastikan kemaslahatan pesalah kanak-kanak tersebut masih terpelihara berpandukan kepada peruntukan had umur oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations). Di samping meninjau had umur pesalah muda kanak-kanak dari sudut perundangan Malaysia, penetapan had umur dari sudut fiqh syariah Islam turut diteliti. Sehubungan itu, kaedah kualitatif dengan menggunakan metod dokumentasi akan digunakan. Penganalisaan data pula akan dilakukan secara deskriptif dan kandungan. Hasil daripada kajian mendapati bahawa terdapat pelbagai pendapat berkenaan dengan penetapan had umur pesalah dalam kalangan kanak-kanak. Ketidakselarasan had umur ini berlaku di antara mahkamah-mahkamah syariah dan mahkamah sivil di Malaysia. Perbezaan penilaian umur kanak-kanak ini juga dapat dilihat apabila dibandingkan dengan peruntukan fiqh iaitu pandangan empat mazhab terkemuka. Oleh itu, had umur kanak-kanak yang tidak mempunyai penyelarasan ini perlu dipastikan tidak menimbulkan sebarang ketidakadilan dalam struktur perundangan.
Zitieren
APA
Afendi, S. H. M., Samudin, S. A., & Hanafi, H. (2023). Tafsiran Had Umur Pesalah Muda Kanak-Kanak dari Sudut Fiqh dan Perundangan Malaysia. Jurnal Pengajian Islam. https://doi.org/10.53840/jpi.v16i2.270
Vancouver
Afendi SHM, Samudin SA, Hanafi H. Tafsiran Had Umur Pesalah Muda Kanak-Kanak dari Sudut Fiqh dan Perundangan Malaysia. Jurnal Pengajian Islam. 2023. doi:10.53840/jpi.v16i2.270
BibTeX
@article{Afendi2023,
author = {Afendi, Siti Hajar Mohd and Samudin, Siti Aisyah and Hanafi, Hanira},
title = {Tafsiran Had Umur Pesalah Muda Kanak-Kanak dari Sudut Fiqh dan Perundangan Malaysia},
journal = {Jurnal Pengajian Islam},
year = {2023},
doi = {10.53840/jpi.v16i2.270}
}
EUVIMED