EUVIMEDEUVIMED entdecken
Open Access · CC BY 4.0

Pendekatan Al-Ḥiwār dalam Institusi Keluarga Menurut Kitab Al-Tarbiyyah Al-Rashīdah Abdul Karim Bakkar

Siti Khaulah Mohd Hamzah, Safinah Ismail, Mariam Abd. Majid, Abur Hamdi Usman, Abdul Wahab Md. Ali, Rosmawati Mohamad Rasit, Zulkefli Aini

Jurnal Pengajian Islam · 2023

DOI: 10.53840/jpi.v16i2.263 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Jurnal Pengajian Islam, 2023. Verfasst von Siti Khaulah Mohd Hamzah und 6 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY 4.0).

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Komunikasi merupakan satu aspek yang memainkan peranan penting dalam menjaga dan meningkatkan hubungan kekeluargaan. Kegagalan berkomunikasi dengan ahli keluarga memberikan kesan yang pelbagai terhadap mental, fizikal, emosi, rohani dan sosial seseorang individu. Kebanyakan konflik yang berlaku dalam keluarga berlaku disebabkan oleh masalah komunikasi bersama ahli keluarga yang tidak dikendalikan dengan baik. Melalui kitab al-Tarbiyyah al-Rashīdah, Abdul Karim Bakkar mengetengahkan pendekatan sesi al-Ḥiwār yang melibatkan semua ahli keluarga tidak kira tua dan muda. Dalam sesi al-Ḥiwār ini, setiap ahli keluarga akan melontarkan pandangan masing-masing, memikirkan idea atau jalan penyelesaian bagi sesuatu isu dan menyangkalnya jika terdapat perkara yang tidak memuaskan dengan penuh adab. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menganalisis pendekatan al-Ḥiwār dalam institusi keluarga menurut kitab al-Tarbiyyah al-Rashīdah karangan Abdul Karim Bakkar. Kajian ini dijalankan melalui pendekatan iaitu analisis dokumen dengan merujuk sumber primer kitab al-Tarbiyyah al-Rashīdah. Hasil kajian menunjukkan bahawa untuk menjalankan sesi al-Ḥiwār atau perbincangan antara ahli keluarga, beberapa perkara perlu diambil kira. Antaranya ialah, melantik seorang ketua bagi setiap sesi, menentukan tempoh masa yang diambil, memilih tempat yang sesuai, memegang matlamat utama sesi al-Ḥiwār diadakan, memerlukan suasana yang tenang dan kesediaan psikologi setiap ahli, membuka ruang untuk ahli keluarga bersuara dan mengakui pandangan mereka, bersifat santai dan selitkan unsur jenaka, menggunakan bahasa yang jelas dan mengawal sesi al-Ḥiwār supaya tidak berlaku pergaduhan. Kajian ini berharap dapat memberikan panduan buat ibu bapa khususnya ibu bapa Muslim dalam mengendalikan keluarga dan meningkatkan usaha untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan.

Zitieren

APA

Hamzah, S. K. M., Ismail, S., Majid, M. A., Usman, A. H., Ali, A. W. M., Rasit, R. M., & Aini, Z. (2023). Pendekatan Al-Ḥiwār dalam Institusi Keluarga Menurut Kitab Al-Tarbiyyah Al-Rashīdah Abdul Karim Bakkar. Jurnal Pengajian Islam. https://doi.org/10.53840/jpi.v16i2.263

Vancouver

Hamzah SKM, Ismail S, Majid MA, Usman AH, Ali AWM, Rasit RM, et al. Pendekatan Al-Ḥiwār dalam Institusi Keluarga Menurut Kitab Al-Tarbiyyah Al-Rashīdah Abdul Karim Bakkar. Jurnal Pengajian Islam. 2023. doi:10.53840/jpi.v16i2.263

BibTeX
@article{Hamzah2023,
  author = {Hamzah, Siti Khaulah Mohd and Ismail, Safinah and Majid, Mariam Abd. and Usman, Abur Hamdi and Ali, Abdul Wahab Md. and Rasit, Rosmawati Mohamad and Aini, Zulkefli},
  title = {Pendekatan Al-Ḥiwār dalam Institusi Keluarga Menurut Kitab Al-Tarbiyyah Al-Rashīdah Abdul Karim Bakkar},
  journal = {Jurnal Pengajian Islam},
  year = {2023},
  doi = {10.53840/jpi.v16i2.263}
}
Kostenlos starten →