Alih Kod Melayu-Arab Dalam Drama “Warkah Cinta”
Jurnal Pengajian Islam · 2023
DOI: 10.53840/jpi.v16i2.170 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Jurnal Pengajian Islam, 2023. Verfasst von Nurul Nadhirah Senan und 1 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY 4.0).
Abstract (Originalsprache)
ABSTRAK Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan berbilang bangsa yang melahirkan pelbagai keunikan budaya, kepercayaan dan bahasa. Hampir kesemua negara yang mempunyai penduduk yang berbilang bangsa dan kaum mengalami fenomena alih kod. Fenomena ini mempengaruhi kewujudan alih kod dalam komunikasi masyarakat yang merupakan sebahagian daripada ciri multilingual rakyat Malaysia. Kajian ilmiah ini dijalankan untuk mengenal pasti fenomena alih kod Melayu-Arab dalam drama ‘Warkah Cinta’ pada tahun 2012, saluran TV Al-Hijrah. Kajian ini meneliti jenis alih kod dan fungsi alih kod melalui drama ‘Warkah Cinta’. Di samping itu, kajian ini berbentuk kualitatif yang menggunakan kaedah analisis teks dalam mengaplikasikan pendekatan Teori Poplack (1980) bagi mencapai objektif utama iaitu mengkaji jenis-jenis alih kod. Hasil dapatan kajian menunjukan bahawa bahawa alih kod terbahagi kepada dua jenis sahaja menerusi drama ini iaitu inter-ayat dan intra ayat. Terdapat 19% alih kod jenis inter-ayat dan 81% alih kod jenis intra-ayat ditemui dalam kajian ini. Kata kunci: Alih kod Melayu- Arab, drama, inter-ayat, intra-ayat ABSTRACT Malaysia is a multiracial nation that creates a variety of cultures, beliefs and languages. Almost all countries with multilingual and racial populations will experience a phenomenon of code switching. This phenomenon of code switching affects the existence in communication of the multilingual speaker in Malaysia. This scientific study was conducted to identify the code switching of Malay-Arabic in the 'Warkah Cinta' in 2012, the Al-Hijrah TV channel. This study examines the type of code switching and its function through the drama 'Warkah Cinta'. In addition, this study was qualitative using the text analysis method in applying the Poplack’s theory (1980) to studying the types of code switches which is the main objective in this research. The findings show that code switching is divided into two types, inter-sentential and intra-sentential. There were 19% inter-sentential type and 81% intra-sentential type was found in this study. Keyword: Code switching Malay-Arabic, drama, inter- sentential, intra-sentential
Zitieren
APA
Senan, N. N., & Jabar, M. A. B. A. (2023). Alih Kod Melayu-Arab Dalam Drama “Warkah Cinta”. Jurnal Pengajian Islam. https://doi.org/10.53840/jpi.v16i2.170
Vancouver
Senan NN, Jabar MABA. Alih Kod Melayu-Arab Dalam Drama “Warkah Cinta”. Jurnal Pengajian Islam. 2023. doi:10.53840/jpi.v16i2.170
BibTeX
@article{Senan2023,
author = {Senan, Nurul Nadhirah and Jabar, Mohd Azidan Bin Abdul},
title = {Alih Kod Melayu-Arab Dalam Drama “Warkah Cinta”},
journal = {Jurnal Pengajian Islam},
year = {2023},
doi = {10.53840/jpi.v16i2.170}
}
EUVIMED