Kepentingan Pelaksanaan Deklarasi Harta Sepencarian dalam Perancangan Harta Pusaka Islam di Malaysia
Journal of Management and Muamalah · 25.06.2026 · 16 (1) · 96-114
DOI: 10.53840/jmm.v16i1.306 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Journal of Management and Muamalah, online erschienen am 25.06.2026. Verfasst von Muhamad Mu'izz Abdullah und 5 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY-NC 4.0).
Abstract (Originalsprache)
Pemahaman dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia tentang tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Syariah, khususnya dalam kes poligami, perceraian atau kematian, masih berada pada tahap sederhana. Isu kritikal berpunca daripada ketiadaan Deklarasi Harta Sepencarian iaitu suatu Perjanjian Perkahwinan (Prenuptial Agreement) yang ditandatangani oleh kedua-dua pasangan pada awal perkahwinan mereka untuk melindungi hak masing-masing. Akibatnya, tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Syariah selalunya sangat kompleks dan mempunyai implikasi yang ketara terhadap institusi keluarga. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji kepentingan pelaksanaan Deklarasi Harta Sepencarian dalam menangani isu-isu berkaitan tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Syariah di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui pendekatan analisis kandungan dengan mengkaji artikel berkaitan harta sepencarian yang diterbitkan sejak lima tahun lalu dari 2020 hingga 2024. Kesemua artikel berkaitan diambil daripada pangkalan data Google Scholar dan Scopus dan kemudian dianalisis secara deskriptif. Kajian ini dapat mengenal pasti 22 artikel berkaitan harta sepencarian dengan empat tema utama. Walau bagaimanapun, didapati tiada perbincangan secara khusus mengenai Deklarasi Harta Sepencarian dalam kesemua artikel tersebut. Empat tema utama yang dikenal pasti merangkumi (i) persoalan adat dan hukum harta sepencarian daripada perspektif syarak; (ii) jenis, takat sumbangan dan amalan pembahagian harta sepencarian; (iii) pengendalian kes harta sepencarian di Mahkamah Syariah dan isu keadilan; serta (iv) perbandingan antara undang-undang Syariah dan undang-undang sivil dalam konteks harta sepencarian. Kesimpulannya, kajian ini mendapati bahawa Deklarasi Harta Sepencarian berfungsi sebagai langkah persediaan yang optimum untuk pihak berkepentingan dalam menyelesaikan tuntutan harta bersama di Mahkamah Syariah.
Zitieren
APA
Abdullah, M. M., Ahmad, M. Y., Alias, M. N., Muda, M. Z., Ismail, M. H., & Baharuddin, M. H. (2026). Kepentingan Pelaksanaan Deklarasi Harta Sepencarian dalam Perancangan Harta Pusaka Islam di Malaysia. Journal of Management and Muamalah, 16(1), 96-114. https://doi.org/10.53840/jmm.v16i1.306
Vancouver
Abdullah MM, Ahmad MY, Alias MN, Muda MZ, Ismail MH, Baharuddin MH. Kepentingan Pelaksanaan Deklarasi Harta Sepencarian dalam Perancangan Harta Pusaka Islam di Malaysia. Journal of Management and Muamalah. 2026;16(1):96-114. doi:10.53840/jmm.v16i1.306
BibTeX
@article{Abdullah2026,
author = {Abdullah, Muhamad Mu'izz and Ahmad, Md Yazid and Alias, Muhammad Nazir and Muda, Mohd Zamro and Ismail, Muhamad Hazim and Baharuddin, Mohamad Hidir},
title = {Kepentingan Pelaksanaan Deklarasi Harta Sepencarian dalam Perancangan Harta Pusaka Islam di Malaysia},
journal = {Journal of Management and Muamalah},
year = {2026},
volume = {16},
number = {1},
pages = {96--114},
doi = {10.53840/jmm.v16i1.306}
}
EUVIMED