Analisis terhadap Aspek Undang-Undang Muamalat dalam Manuskrip Kanun Negeri Lingga
Journal of Management and Muamalah · 2024
DOI: 10.53840/jmm.v14i2.201 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Journal of Management and Muamalah, 2024. Verfasst von Fatimah Hamrie und 3 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY-NC 4.0).
Abstract (Originalsprache)
Manuskrip Kanun Negeri Lingga (KNL) adalah sebuah teks Undang-undang Melayu Lama (UML) yang membuktikan kewujudan perundangan Islam di Sarawak. Manuskrip KNL mempunyai 88 halaman yang menyatakan tentang Undang-Undang Islam (Syariah); Undang-Undang Pemerintahan Raja (Hukum Kanun Datu); Undang-Undang Adat Melayu Lingga; Undang-Undang Jenayah; Undang-Undang Laut (Pelabuhan, kapal, pelayaran, perahu dagang) dan Undang-Undang Muamalat (berdagang, berniaga, bergadai, jual beli dan pinjam meminjam). Kajian ini bertujuan untuk membuktikan kewujudan pengamalan undang-undang muamalat Islam di Sarawak sebelum kedatangan James Brooke ke negeri ini. Objektif khusus kajian ini adalah menghuraikan maklumat dan kandungan berkaitan manuskrip Kanun Negeri Lingga; dan, mengkaji undang-undang muamalat yang terdapat di dalam manuskrip Kanun Negeri Lingga. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan deskriptif kualitatif iaitu menggunakan kaedah kajian perpustakaan dan analisis dokumen. Kajian ini berjaya menghuraikan maklumat dan kandungan manuskrip KNL, dengan tumpuan khusus terhadap aspek undang-undang muamalat. Analisis terperinci telah dilakukan terhadap pelbagai aspek undang-undang muamalat dalam KNL, meliputi hukum berniaga, riba, jual beli rumah, tanah dan hasil buah-buahan, sandar (cagaran) dan hutang, muflis, memberi modal dan menjaga amanah. Kajian ini merumuskan bahawa kewujudan manuskrip KNL ini menjadi salah satu bukti dalam memberi sumbangan yang bermakna untuk membentuk rangka perlembagaan Sarawak amnya dan perundangan Islam di Sarawak khasnya. The Manuscript of Kanun Negeri Lingga (KNL) is an Old Malay Law (UML) text that proves the existence of Islamic legislation in Sarawak. The KNL manuscript has 88 pages that discuss Islamic Law (Shariah); Royal Governance Law (Hukum Kanun Datu); Lingga Malay Customary Law; Criminal Law; Maritime Law (Ports, ships, navigation, trading vessels) and Muamalat Law (trading, business, pawning, buying and selling, and lending). This study aims to prove the existence of Islamic muamalat law practices in Sarawak before the arrival of James Brooke to this state. The specific objectives of this study are to describe the information and content related to the Kanun Negeri Lingga manuscript; and to examine the muamalat laws contained in the Kanun Negeri Lingga manuscript. This study uses a qualitative descriptive research approach, employing library research methods and document analysis. This study successfully describes the information and content of the KNL manuscript, with a specific focus on aspects of muamalat law. A detailed analysis has been conducted on various aspects of muamalat law in KNL, covering business law, usury, buying and selling of houses, land and fruit produce, collateral and debt, bankruptcy, providing capital, and entrusting. This study concludes that the existence of this KNL manuscript serves as one of the pieces of evidence in making a meaningful contribution to forming the framework of Sarawak's constitution in general and Islamic legislation in Sarawak in particular.
Zitieren
APA
Hamrie, F., Bujang, S., Yusuf, N., & Yon, W. A. W. (2024). Analisis terhadap Aspek Undang-Undang Muamalat dalam Manuskrip Kanun Negeri Lingga. Journal of Management and Muamalah. https://doi.org/10.53840/jmm.v14i2.201
Vancouver
Hamrie F, Bujang S, Yusuf N, Yon WAW. Analisis terhadap Aspek Undang-Undang Muamalat dalam Manuskrip Kanun Negeri Lingga. Journal of Management and Muamalah. 2024. doi:10.53840/jmm.v14i2.201
BibTeX
@article{Hamrie2024,
author = {Hamrie, Fatimah and Bujang, Saimi and Yusuf, Noranizah and Yon, Wan Ariffin Wan},
title = {Analisis terhadap Aspek Undang-Undang Muamalat dalam Manuskrip Kanun Negeri Lingga},
journal = {Journal of Management and Muamalah},
year = {2024},
doi = {10.53840/jmm.v14i2.201}
}
EUVIMED