Amalan Pengurusan Badal Haji Semasa: Analisis daripada Perspektif Tadbir Urus Syariah
Journal of Muwafaqat · 31.10.2026 · 9 (2) · 29-50
DOI: 10.53840/je495j21 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Journal of Muwafaqat, online erschienen am 31.10.2026. Verfasst von Maad Ahmad und 4 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY 4.0).
Abstract (Originalsprache)
Badal haji ialah pelaksanaan ibadah haji bagi pihak orang lain dalam keadaan yang diharuskan menurut syarak. Pengurusan perkhidmatan ini menimbulkan persoalan tentang kelayakan pelaksana, kejelasan akad, ketelusan pelaksanaan dan pemeliharaan amanah. Kajian ini bertujuan menganalisis isu pengurusan badal haji serta merumuskan cadangan penambahbaikan dari perspektif tadbir urus syariah. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen dan temu bual separa berstruktur dengan tujuh orang informan yang merangkumi pengguna perkhidmatan, pakar syariah dan pelaksana badal haji. Data dianalisis secara tematik dengan meneliti hubungannya dengan ketetapan fiqh dan panduan pengurusan. Dapatan mengenal pasti kebimbangan tentang kesamaran urusan perwakilan, kecukupan dokumentasi, kefahaman pengguna, amanah pelaksana, pengurusan bayaran, pematuhan permit serta penyelarasan pemantauan dan saluran aduan. Kebimbangan tersebut menggambarkan pengalaman dan pandangan informan, bukan pengesahan bahawa semua penyedia perkhidmatan melakukan penyelewengan. Analisis menekankan keperluan membezakan kesahan ibadah daripada pematuhan pentadbiran, serta perkhidmatan berbayar daripada amalan yang mengabaikan amanah. Kajian mencadangkan pengukuhan literasi syariah, penyelarasan panduan sedia ada, penjelasan tanggungjawab pihak yang terlibat dan dokumentasi pelaksanaan yang boleh disemak. Sumbangan kajian ialah penjelasan tentang hubungan antara perwakilan ibadah, tanggungjawab kontraktual dan ketelusan pengurusan sebagai asas penambahbaikan tadbir urus badal haji. Badal hajj is the performance of hajj on behalf of another person in circumstances permitted by Islamic law. This study analyses management issues and proposes improvements from the perspective of Shariah governance. It adopts a qualitative approach combining document analysis and semi-structured interviews with seven informants comprising service users, Shariah experts and badal hajj practitioners. Thematic analysis examines the relationship between informants’ accounts, fiqh rulings and management guidance. The findings identify concerns about delegation arrangements, documentation, user understanding, executors’ responsibilities, remuneration, permit compliance and coordination of monitoring and complaints procedures. These concerns reflect informants’ experiences and views and do not establish the prevalence of misconduct among service providers in Malaysia. The analysis distinguishes ritual validity from administrative compliance and remunerated services from conduct that breaches trust. It proposes clearer contractual responsibilities, stronger Shariah literacy, coordination of existing guidance and verifiable documentation. The study contributes an account of how religious representation, contractual responsibility and management transparency interact in badal hajj governance.
Zitieren
APA
Ahmad, M., Niteh, M. Y., Fathillah, M. F. M., Mohammad, N., & Sharil, S. (2026). Amalan Pengurusan Badal Haji Semasa: Analisis daripada Perspektif Tadbir Urus Syariah. Journal of Muwafaqat, 9(2), 29-50. https://doi.org/10.53840/je495j21
Vancouver
Ahmad M, Niteh MY, Fathillah MFM, Mohammad N, Sharil S. Amalan Pengurusan Badal Haji Semasa: Analisis daripada Perspektif Tadbir Urus Syariah. Journal of Muwafaqat. 2026;9(2):29-50. doi:10.53840/je495j21
BibTeX
@article{Ahmad2026,
author = {Ahmad, Maad and Niteh, Muhammad Yosef and Fathillah, Mohamed Fairooz Mohamed and Mohammad, Norasiah and Sharil, Suhaila},
title = {Amalan Pengurusan Badal Haji Semasa: Analisis daripada Perspektif Tadbir Urus Syariah},
journal = {Journal of Muwafaqat},
year = {2026},
volume = {9},
number = {2},
pages = {29--50},
doi = {10.53840/je495j21}
}
EUVIMED