EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

ANWAR SADAT DALAM NARATIF FIKSYEN: ANALISIS SEJARAH DALAM NOVEL AMĀMA AL-‘ARSH

AHMAD REDZAUDIN GHAZALI, MOHAMAD ROFIAN ISMAIL, KHAIRATUL AKMAR AB LATIF, ADNAN MAT ALI

International Journal of Arabic, Linguistic and Literature · 16.12.2025 · 2 (2) · 29-46

DOI: 10.53840/ijalal.v2i2.139 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Arabic, Linguistic and Literature, online erschienen am 16.12.2025. Verfasst von AHMAD REDZAUDIN GHAZALI und 3 weiteren Autor:innen.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Novel Amāma al-‘Arsh karya Naguib Mahfouz merupakan sebuah novel sejarah yang menampilkan watak-watak pemimpin Mesir dari pelbagai era dalam satu ruang naratif imaginatif. Namun, kajian ini memberi tumpuan khusus kepada watak Anwar Sadat serta bagaimana Mahfouz menggarap pemerintahan beliau dalam naratif novel. Novel ini mengetengahkan pelbagai peristiwa penting yang berlaku sepanjang era Sadat, termasuk dasar ekonomi terbuka (infitah), Perjanjian Camp David, serta konflik politik dalaman yang membawa kepada pembunuhan beliau pada tahun 1981. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis bagaimana elemen sejarah berkaitan pemerintahan Anwar Sadat digarap dalam novel ini serta sejauh mana elemen sejarah tersebut boleh dipertanggungjawabkan sebagai sumber sejarah. Kajian ini bersifat kualitatif dengan menggunakan pendekatan sejarah sebagai kaedah utama dalam analisis teks. Novel Amāma al-‘Arsh dijadikan teks utama, manakala kajian berkaitan Anwar Sadat dari sudut sejarah digunakan sebagai bahan sokongan. Pendekatan sejarah diterapkan bagi menilai hubungan antara fakta dan fiksyen dalam novel, khususnya dalam menggambarkan dasar politik, keputusan kepimpinan, serta dinamika sosial pada era pemerintahan Sadat. Hasil kajian mendapati bahawa Mahfouz mengolah peristiwa-peristiwa sejarah berkaitan Anwar Sadat dengan memanfaatkan elemen fiksyen tanpa mengabaikan ketepatan fakta sejarah. Watak Sadat dalam novel ini bukan sahaja mencerminkan realiti pemerintahan beliau, tetapi juga menjadi medium kritikan terhadap ideologi dan transformasi politik yang berlaku di Mesir.

Zitieren

APA

GHAZALI, A. R., ISMAIL, M. R., LATIF, K. A. A., & ALI, A. M. (2025). ANWAR SADAT DALAM NARATIF FIKSYEN: ANALISIS SEJARAH DALAM NOVEL AMĀMA AL-‘ARSH. International Journal of Arabic, Linguistic and Literature, 2(2), 29-46. https://doi.org/10.53840/ijalal.v2i2.139

Vancouver

GHAZALI AR, ISMAIL MR, LATIF KAA, ALI AM. ANWAR SADAT DALAM NARATIF FIKSYEN: ANALISIS SEJARAH DALAM NOVEL AMĀMA AL-‘ARSH. International Journal of Arabic, Linguistic and Literature. 2025;2(2):29-46. doi:10.53840/ijalal.v2i2.139

BibTeX
@article{GHAZALI2025,
  author = {GHAZALI, AHMAD REDZAUDIN and ISMAIL, MOHAMAD ROFIAN and LATIF, KHAIRATUL AKMAR AB and ALI, ADNAN MAT},
  title = {ANWAR SADAT DALAM NARATIF FIKSYEN: ANALISIS SEJARAH DALAM NOVEL AMĀMA AL-‘ARSH},
  journal = {International Journal of Arabic, Linguistic and Literature},
  year = {2025},
  volume = {2},
  number = {2},
  pages = {29--46},
  doi = {10.53840/ijalal.v2i2.139}
}
Kostenlos starten →