EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

PERBEZAAN PENDAPAT PELAJAR DAN PENSYARAH BERKAITAN DENGAN PENGARUH FAKTOR-FAKTOR DALAMAN (SIKAP, MOTIVASI DAN PERSEPSI) TERHADAP CORAK PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR PSMBA DI IPTA MALAYSIA

KHAIRATUL AKMAR AB LATIF, AHMAD REDZAUDIN BIN GHAZALI, MOHAMAD ROFIAN ISMAIL, HUSNI ABDULLAH, ADNAN MAT ALI

International Journal of Arabic, Linguistic and Literature · 15.12.2025 · 2 (2) · 148-159

DOI: 10.53840/ijalal.v2i2.136 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Arabic, Linguistic and Literature, online erschienen am 15.12.2025. Verfasst von KHAIRATUL AKMAR AB LATIF und 4 weiteren Autor:innen.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Makalah ini bertujuan mengenalpasti pandangan para pelajar serta para pensyarah berkaitan dengan pengaruh faktor-faktor dalaman (sikap, motivasi dan persepsi) terhadap corak pembelajaran dalam kalangan pelajar Program Sarjana Muda Bahasa Arab (PSMBA) di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia. Kajian dijalankan ke atas 150/pelajar dan 30/pensyarah yang terlibat dalam Program Sarjana Muda Bahasa Arab (PSMBA) dengan menggunakan teknik persampelan bertujuan daripada lima buah IPTA yang menawarkan PSMBA iaitu UKM, UPM, UM, UIAM dan USIM. Kajian berbentuk kuantitatif dijalankan dengan menggunakan soal selidik. Ujian korelasi Pearson terhadap perkaitan motivasi pelajar dengan setiap corak pembelajaran digunakan dalam mendapatkan nilai perkaitan. Nilai-nilai ini diperoleh daripada 2 sumber yang terlibat iaitu daripada jawapan yang diberikan oleh para pelajar itu sendiri serta para pensyarah yang mengajar mereka secara langsung di dalam bilik darjah. Dengan demikian, nilai perkaitan yang paling tinggi dikira sebagai nilai yang paling positif terhadap perkaitan antara hubungan motivasi dengan corak pembelajaran pelajar dan begitulah sebaliknya. Secara umumnya terdapat perkaitan positif dan signifikan antara semua faktor dalaman yang dikaji samada dari segi sikap, motivasi dan persepsi pelajar mengikut bagi kedua-dua pihak samada pada pihak pelajar dan juga para pensyarah berkaitan dengan corak pembelajaran pelajar bahasa Arab bagi PSMBA. Kajian mendapati statistik purata keseluruhan bagi perkaitan antara kesemua faktor dalaman dengan corak pembelajaran pelajar dengan nilai perkaitan yang diperolehi mengikut pandangan pelajar adalah (r=0.451, p=0.000). Manakala statistik purata keseluruhan bagi perkaitan antara kesemua faktor dalaman dengan corak pembelajaran pelajar dengan nilai perkaitan yang diperolehi mengikut pandangan pensyarah pula adalah (r=0.618, p=0.000). Kesimpulannya semua faktor dalaman yang dikaji menunjukkan nilai positi mengikut pandangan para pelajar dan juga para pensyarah. Kedua-dua kempulan ini mengakui bahawa faktor sikap, motivasi dan persepsi pelajar berada pada tahap yang tinggi yang memberikan natijah yang baik di dalam pembelajarannya para pelajar dalam PSMBA. Ini bermaksud kesediaan para pelajar secara dalaman dalam mempelajari bahasa Arab adalah amat tinggi dan pasti perkara ini membantu di dalam usaha mereka untuk meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran bahasa Arab dan program PSMBA secara khususnya di universiti masing-masing

Zitieren

APA

LATIF, K. A. A., GHAZALI, A. R. B., ISMAIL, M. R., ABDULLAH, H., & ALI, A. M. (2025). PERBEZAAN PENDAPAT PELAJAR DAN PENSYARAH BERKAITAN DENGAN PENGARUH FAKTOR-FAKTOR DALAMAN (SIKAP, MOTIVASI DAN PERSEPSI) TERHADAP CORAK PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR PSMBA DI IPTA MALAYSIA. International Journal of Arabic, Linguistic and Literature, 2(2), 148-159. https://doi.org/10.53840/ijalal.v2i2.136

Vancouver

LATIF KAA, GHAZALI ARB, ISMAIL MR, ABDULLAH H, ALI AM. PERBEZAAN PENDAPAT PELAJAR DAN PENSYARAH BERKAITAN DENGAN PENGARUH FAKTOR-FAKTOR DALAMAN (SIKAP, MOTIVASI DAN PERSEPSI) TERHADAP CORAK PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR PSMBA DI IPTA MALAYSIA. International Journal of Arabic, Linguistic and Literature. 2025;2(2):148-159. doi:10.53840/ijalal.v2i2.136

BibTeX
@article{LATIF2025,
  author = {LATIF, KHAIRATUL AKMAR AB and GHAZALI, AHMAD REDZAUDIN BIN and ISMAIL, MOHAMAD ROFIAN and ABDULLAH, HUSNI and ALI, ADNAN MAT},
  title = {PERBEZAAN PENDAPAT PELAJAR DAN PENSYARAH BERKAITAN DENGAN PENGARUH FAKTOR-FAKTOR DALAMAN (SIKAP, MOTIVASI DAN PERSEPSI) TERHADAP CORAK PEMBELAJARAN DALAM KALANGAN PELAJAR PSMBA DI IPTA MALAYSIA},
  journal = {International Journal of Arabic, Linguistic and Literature},
  year = {2025},
  volume = {2},
  number = {2},
  pages = {148--159},
  doi = {10.53840/ijalal.v2i2.136}
}
Kostenlos starten →