EUVIMEDEUVIMED entdecken
Open Access · CC BY 4.0

Metodologi Ibn Ḥajar Terhadap Riwayat Ibn Isḥāq berkaitan al-Maghāzī dalam Kitab Fatḥ al-Bārī

Wan Muhd Usaid Wan Subki, Muhamad Rozaimi Ramle

HADIS · 13.05.2026 · 16-28

DOI: 10.53840/hadis.vi.336 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift HADIS, online erschienen am 13.05.2026. Verfasst von Wan Muhd Usaid Wan Subki und 1 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY 4.0).

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Terdapat kecenderungan sebahagian pengkaji-pengkaji moden untuk menolak riwayat Ibn Isḥāq secara mutlak dengan alasan beliau perawi yang terlalu lemah. Namun, kecenderungan ini dilihat berbeza dengan pendirian ulama silam yang menerima riwayat Ibn Isḥāq apabila memenuhi syarat yang mereka gariskan. Antara ulama silam yang menerima riwayat beliau dengan syarat ialah Ibn Ḥajar al-‘Asqalānī. Beliau didapati banyak menukilkan riwayat Ibn Isḥāq dalam kitabnya Fatḥ al-Bārī. Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat metodologi Ibn Ḥajar ketika berinteraksi dengan riwayat Ibn Isḥāq. Antara tujuan utama Ibn Ḥajar ketika membawakan riwayat Ibn Isḥāq adalah bagi melengkapkan perincian kisah sirah sedia ada. Kajian ini akan menganalisis metodologi Ibn Ḥajar terhadap riwayat Ibn Isḥāq berkaitan al-Maghāzī serta metodologi beliau dalam memperincikan kisah sirah. Kajian ini akan menggunakan metod kaedah induktif iaitu menganalisis data melalui penelitian dan pemerhatian terhadap fakta-fakta yang khusus untuk menggagaskan teori dan prinsip yang bersifat umum. Hasil kajian mendapati bahawa Ibn Ḥajar banyak menggunakan riwayat Ibn Isḥāq bagi melengkapkan perincian kisah sirah seumpama tentang sebab berlakunya sesuatu peristiwa, nama-nama individu yang terlibat dalam sesuatu peristiwa dan tarikh berlakunya sesuatu peristiwa. Riwayat Ibn Isḥāq juga mempunyai perincian tentang bilangan yang terlibat di dalam sesuatu peristiwa, lokasi berlakunya sesuatu peristiwa, nama individu yang mubham, tempoh berlakunya sesuatu peristiwa serta doa. Justeru, jelas bahawa Ibn Isḥāq mempunyai banyak perincian terhadap kisah sirah lalu dinukilkan oleh Ibn Ḥajar dalam kitabnya Fatḥ al-Bārī.

Zitieren

APA

Subki, W. M. U. W., & Ramle, M. R. (2026). Metodologi Ibn Ḥajar Terhadap Riwayat Ibn Isḥāq berkaitan al-Maghāzī dalam Kitab Fatḥ al-Bārī. HADIS, 16-28. https://doi.org/10.53840/hadis.vi.336

Vancouver

Subki WMUW, Ramle MR. Metodologi Ibn Ḥajar Terhadap Riwayat Ibn Isḥāq berkaitan al-Maghāzī dalam Kitab Fatḥ al-Bārī. HADIS. 2026:16-28. doi:10.53840/hadis.vi.336

BibTeX
@article{Subki2026,
  author = {Subki, Wan Muhd Usaid Wan and Ramle, Muhamad Rozaimi},
  title = {Metodologi Ibn Ḥajar Terhadap Riwayat Ibn Isḥāq berkaitan al-Maghāzī dalam Kitab Fatḥ al-Bārī},
  journal = {HADIS},
  year = {2026},
  pages = {16--28},
  doi = {10.53840/hadis.vi.336}
}
Kostenlos starten →