EUVIMEDEUVIMED entdecken
Open Access · CC BY 4.0

Metodologi Salafisme dalam Pentafsiran Hadis: Perbandingan dengan Pendekatan Ulama Klasik

Ahmad Hafiz Mohd Rozmizi

HADIS · 30.06.2026 · 16 (1) · 39-53

DOI: 10.53840/hadis.v16i1.367 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift HADIS, online erschienen am 30.06.2026. Verfasst von Ahmad Hafiz Mohd Rozmizi. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY 4.0).

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Artikel ini meneliti polemik kontemporari berkaitan pentafsiran hadis yang dikaitkan dengan pengaruh pemikiran salafisme, khususnya dalam isu-isu yang melibatkan akidah dan fiqah. Polemik ini timbul apabila sebahagian pentafsiran hadis yang berasaskan kerangka pemikiran salafisme menunjukkan perbezaan dengan pendekatan epistemologi dan metodologi yang dihuraikan oleh para ulama klasik. Perbezaan tersebut telah mencetuskan perbahasan dalam kalangan sarjana Islam berhubung asas metodologi serta autoriti pentafsiran yang digunakan. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan menganalisis secara perbandingan pentafsiran terhadap tiga hadis yang berkaitan dengan isu bidaah, akidah dan fiqah yang menjadi polemik dalam masyarakat Islam kontemporari, dengan meneliti perbezaan antara tafsiran yang dikemukakan oleh sarjana berorientasikan salafisme dan tafsiran yang terdapat dalam karya-karya ulama klasik. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis perbandingan teks terhadap sumber-sumber hadis klasik dan penulisan kontemporari terpilih. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa perbezaan yang signifikan antara kedua-dua pendekatan tersebut dari sudut metodologi dan kesimpulan yang dicapai. Perbezaan ini memperlihatkan bahawa faktor kerangka pemikiran dan pendekatan epistemologi memainkan peranan penting dalam proses pentafsiran hadis. Kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada pengukuhan wacana metodologi pentafsiran hadis serta memperluas perbincangan mengenai hubungan antara tradisi keilmuan klasik dan pendekatan kontemporari dalam pengajian hadis.

Zitieren

APA

Rozmizi, A. H. M. (2026). Metodologi Salafisme dalam Pentafsiran Hadis: Perbandingan dengan Pendekatan Ulama Klasik. HADIS, 16(1), 39-53. https://doi.org/10.53840/hadis.v16i1.367

Vancouver

Rozmizi AHM. Metodologi Salafisme dalam Pentafsiran Hadis: Perbandingan dengan Pendekatan Ulama Klasik. HADIS. 2026;16(1):39-53. doi:10.53840/hadis.v16i1.367

BibTeX
@article{Rozmizi2026,
  author = {Rozmizi, Ahmad Hafiz Mohd},
  title = {Metodologi Salafisme dalam Pentafsiran Hadis: Perbandingan dengan Pendekatan Ulama Klasik},
  journal = {HADIS},
  year = {2026},
  volume = {16},
  number = {1},
  pages = {39--53},
  doi = {10.53840/hadis.v16i1.367}
}
Kostenlos starten →