EUVIMEDEUVIMED entdecken
Open Access · CC BY-NC 4.0

Kajian Hubungan Matlamat Hidup dengan Tahap kesihatan Guru Pelatih Pendidikan Islam dalam Kesejahteraan Psikologi Diri Ketika Menjalani Praktikum Di Sekolah

Mohamad Fuad Haji Ishak, Hasrol Basir, Shazarina Zdainal Abidin, Nor Hanieza Esa

e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi · 2026

DOI: 10.53840/e-jpi.v13i3.389 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi, 2026. Verfasst von Mohamad Fuad Haji Ishak und 3 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY-NC 4.0).

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Matlamat hidup guru pelatih Pendidikan Islam adalah komponen penting dalam kesejahteraan psikologi mereka, di mana ia membantu mereka merasa kehidupan lebih bermakna dan terarah. Mengenal pasti matlamat hidup boleh membawa mereka kepada motivasi diri dan meningkatkan kesejahteraan psikologi diri. Namun tahap kesihatan juga memainkan peranan yang penting dalam mencapai tahap kesihatan dalam psikologi diri. Tugas guru yang hakiki dan bukan hakiki menyebabkan masalah kesihatan terhadap guru. Oleh demikian, objektif penulisan ini untuk mengenalpasti persepsi guru-guru pelatih Pendidikan Agama Islam melalui matlamat hidup mereka serta mengenalpasti hubungan matlamat hidup dengan tahap kesihatan guru pelatih Pendidikan Islam. Seramai 184 responden telah dipilih dalam kalangan guru-guru pelatih Pendidikan Agama Islam melalui persampelan rawak mudah di dua buah institusi pengajian tinggi swasta. Instrumen soalselidik 6 skala likert digunakan untuk mendapatkan data. Analisis korelasi Pearson digunakan secara deskriptif dan inferensi dalam kajian ini melalui perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 27. Hasil kajian mendapati tahap sederhana tinggi (min 4.41) terhadap persepsi matlamat hidup guru-guru pelatih Pendidikan Agama Islam. Manakala dapatan melalui analisis kolerasi pula menjelaskan hubungan yang signifikan antara matlamat hidup dengan aspek kesihatan responden. Kesimpulannya, dapatan kajian ini menunjukkan faktor Kesihatan bukan memberi kesan yang kuat kepada kesejahteraan psikologi diri guru pelatih Pendidikan Islam kerana terdapat beberapa faktor lain juga yang memberi kesan terhadap kesejahteraan psikologi mereka. Cadangan kajian hubungan dari aspek yang lain diperlukan agar dapatan-dapatan kajian tersebut akan memberi maklumat yang lebih terperinci dalam kesejahteraan psikologi guru pelatih.

Zitieren

APA

Ishak, M. F. H., Basir, H., Abidin, S. Z., & Esa, N. H. (2026). Kajian Hubungan Matlamat Hidup dengan Tahap kesihatan Guru Pelatih Pendidikan Islam dalam Kesejahteraan Psikologi Diri Ketika Menjalani Praktikum Di Sekolah. e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi. https://doi.org/10.53840/e-jpi.v13i3.389

Vancouver

Ishak MFH, Basir H, Abidin SZ, Esa NH. Kajian Hubungan Matlamat Hidup dengan Tahap kesihatan Guru Pelatih Pendidikan Islam dalam Kesejahteraan Psikologi Diri Ketika Menjalani Praktikum Di Sekolah. e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi. 2026. doi:10.53840/e-jpi.v13i3.389

BibTeX
@article{Ishak2026,
  author = {Ishak, Mohamad Fuad Haji and Basir, Hasrol and Abidin, Shazarina Zdainal and Esa, Nor Hanieza},
  title = {Kajian Hubungan Matlamat Hidup dengan Tahap kesihatan Guru Pelatih Pendidikan Islam dalam Kesejahteraan Psikologi Diri Ketika Menjalani Praktikum Di Sekolah},
  journal = {e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi},
  year = {2026},
  doi = {10.53840/e-jpi.v13i3.389}
}
Kostenlos starten →