EUVIMEDEUVIMED entdecken
Open Access · CC BY-NC 4.0

Ibn Sina dan Falsafah Melankolia: Satu Kajian Tinjauan Literatur

Nur Adila Nazihah Ahmad Sabuddin, Wan Fariza Alyati Wan Zakaria

e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi · 2026

DOI: 10.53840/e-jpi.v13i3.388 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi, 2026. Verfasst von Nur Adila Nazihah Ahmad Sabuddin und 1 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY-NC 4.0).

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Tinjauan literatur ini meneliti perspektif Ibn Sina terhadap melankolia dalam kerangka perubatan Islam klasik dan hubungannya dengan pemahaman moden mengenai gangguan kejiwaan, khususnya melankolia. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis konsep jiwa dan melankolia, kaedah rawatan melankolia, serta sumbangan Ibn Sina terhadap dunia perubatan moden. Berdasarkan analisis terhadap kajian lepas, dapat disimpulkan bahawa Ibn Sina melihat melankolia bukan sekadar gangguan pemikiran yang disifatkan tidak normal, kehidupan yang terasing dan kegelisahan semata-mata, malah ia diikuti oleh pelbagai lagi gejala yang mungkin berlaku kemudian seperti gangguan selera makan, gangguan pencernaan, penurunan berat badan, mimpi ngeri, kesedihan yang mendalam, halusinasi, obsesi berterusan, delusi (haziyan), kebencian terhadap orang lain, penglihatan ilusi, keinginan untuk mati atau takut akan kematian dan lain-lain gejala. Dalam konteks masa kini, perkataan melankolia sering digunakan bagi menggambarkan gejala deskriptif episod kemurungan utama (Major Depressive Episodes, MDE). Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan kualitatif menerusi analisis tematik terhadap sumber primer dan sekunder.

Zitieren

APA

Sabuddin, N. A. N. A., & Zakaria, W. F. A. W. (2026). Ibn Sina dan Falsafah Melankolia: Satu Kajian Tinjauan Literatur. e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi. https://doi.org/10.53840/e-jpi.v13i3.388

Vancouver

Sabuddin NANA, Zakaria WFAW. Ibn Sina dan Falsafah Melankolia: Satu Kajian Tinjauan Literatur. e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi. 2026. doi:10.53840/e-jpi.v13i3.388

BibTeX
@article{Sabuddin2026,
  author = {Sabuddin, Nur Adila Nazihah Ahmad and Zakaria, Wan Fariza Alyati Wan},
  title = {Ibn Sina dan Falsafah Melankolia: Satu Kajian Tinjauan Literatur},
  journal = {e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi},
  year = {2026},
  doi = {10.53840/e-jpi.v13i3.388}
}
Kostenlos starten →