Robot Humanoid Berintegrasi Suria sebagai Agen Interaktif untuk Sistem Pengetahuan Fotovolta Berasaskan Kecerdasan Buatan
e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi · 2026
DOI: 10.53840/e-jpi.v13i2.412 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi, 2026. Verfasst von Shafidah Shafian und 1 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY-NC 4.0).
Abstract (Originalsprache)
Perkembangan pesat penggunaan teknologi fotovolta di peringkat global telah meningkatkan keperluan terhadap platform yang lebih mudah diakses dan menarik bagi menyampaikan pengetahuan berkaitan tenaga suria kepada masyarakat umum. Walau bagaimanapun, kebanyakan maklumat berkaitan pendidikan dan dasar tenaga suria masih disampaikan dalam bentuk dokumen teknikal yang sukar difahami oleh golongan bukan pakar. Sehubungan itu, kajian ini membentangkan reka bentuk konseptual serta pembangunan sebuah robot humanoid yang diintegrasikan dengan sistem suria dan dibangunkan sebagai agen digital untuk menyampaikan pengetahuan berkaitan tenaga suria. Robot ini direka secara visual untuk menarik perhatian pengguna serta membolehkan mereka mengenal pasti secara intuitif peranan robot yang berkaitan dengan tenaga suria melalui integrasi panel fotovolta pada struktur badan robot, yang melambangkan keupayaan penjanaan tenaga suria dan konsep pengecasan kendiri. Proses pembangunan robot ini merangkumi beberapa peringkat utama, iaitu penghasilan lakaran konseptual dua dimensi (2D), pemodelan humanoid tiga dimensi (3D), serta pembangunan animasi berasaskan pergerakan dan isyarat bagi menyokong interaksi pengguna. Robot humanoid ini seterusnya berfungsi sebagai agen interaktif yang dikuasakan oleh model bahasa berskala besar (LLM) yang digabungkan dengan pangkalan pengetahuan berasaskan pendekatan Retrieval-Augmented Generation (RAG). Pangkalan pengetahuan ini merangkumi maklumat berkaitan teknologi fotovolta, komponen sistem suria, dasar tenaga suria serta isu kelestarian yang lebih luas. Melalui integrasi ini, robot humanoid tersebut mampu menerangkan konsep tenaga suria, membantu pengguna memahami maklumat berkaitan teknologi dan dasar tenaga suria, serta menyokong penyampaian pendidikan tenaga suria secara interaktif melalui pelbagai platform digital seperti chatbot, persekitaran maya dan pameran interaktif. Secara keseluruhannya, kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan antara muka robotik bertemakan tenaga suria berpotensi meningkatkan penglibatan masyarakat terhadap pengetahuan tenaga suria di samping menyokong usaha komunikasi kelestarian yang dipacu oleh kecerdasan buatan.
Zitieren
APA
Shafian, S., & Shabri, M. A. C. M. (2026). Robot Humanoid Berintegrasi Suria sebagai Agen Interaktif untuk Sistem Pengetahuan Fotovolta Berasaskan Kecerdasan Buatan. e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi. https://doi.org/10.53840/e-jpi.v13i2.412
Vancouver
Shafian S, Shabri MACM. Robot Humanoid Berintegrasi Suria sebagai Agen Interaktif untuk Sistem Pengetahuan Fotovolta Berasaskan Kecerdasan Buatan. e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi. 2026. doi:10.53840/e-jpi.v13i2.412
BibTeX
@article{Shafian2026,
author = {Shafian, Shafidah and Shabri, Muhammad Azri Che Mohd},
title = {Robot Humanoid Berintegrasi Suria sebagai Agen Interaktif untuk Sistem Pengetahuan Fotovolta Berasaskan Kecerdasan Buatan},
journal = {e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi},
year = {2026},
doi = {10.53840/e-jpi.v13i2.412}
}
EUVIMED