EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

PEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH MASJID AL-AZHAR (APPSMAA) UNIVERSITI ISLAM SELANGOR (UIS)

Che Wan Shamsul Bahri Che Wan Ahmad, Siti Azrehan Aziz, Muhammad Aqil Barqi Adenan, Syarul Azman Shaharuddin, Md Rozalafri Johori

International Journal of Mosque, Zakat And Waqaf Management (Al-Mimbar) · 09.01.2026 · 5 (2) · 77-92

DOI: 10.53840/dssvx611 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Mosque, Zakat And Waqaf Management (Al-Mimbar), online erschienen am 09.01.2026. Verfasst von Che Wan Shamsul Bahri Che Wan Ahmad und 4 weiteren Autor:innen.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Aplikasi Masjid Al-Azhar UIS (APPSMAA) dibangunkan sebagai satu platform digital untuk memudahkan komuniti Universiti Islam Selangor (UIS) dalam mengakses maklumat dan perkhidmatan masjid. Aplikasi ini dilengkapi dengan pelbagai fungsi utama seperti waktu solat yang tepat, sistem sumbangan dalam talian, tasbih digital untuk amalan zikir, jadual kuliah masjid serta menu Gerai ALAM (Al-Azhar Members) yang menyediakan maklumat berkaitan makanan dan minuman yang ditawarkan di kawasan masjid. Selain itu, aplikasi ini turut mengandungi bahagian Klinik Darussyifa' UIS yang merangkumi maklumat tentang pengasas, sejarah penubuhan, ayat-ayat ruqyah, proses ruqyah, serta senarai petugas yang bertugas. Bahagian ini memberi maklumat berkaitan dan kemudahan rawatan ruqyah yang berlandaskan syariah kepada komuniti. Pembangunan aplikasi ini menggunakan pendekatan ADDIE (Analysis, Design, Development, Implementation and Evaluation) untuk memastikan keberkesanan dan kesesuaiannya. Kajian dan tinjauan keperluan dilakukan dalam Fasa Analisis untuk mengenalpasti keperluan pengguna serta ciri aplikasi yang relevan. Fasa Rekabentuk (Design) memberi tumpuan kepada reka bentuk antaramuka yang mesra pengguna dengan penggunaan tema warna oren sebagai elemen utama, melambangkan semangat dan kebersamaan. Untuk bahagian Darussyifa', tema warna hijau digunakansebagai simbol ketenangan dan kesucian, selaras dengan tujuan rawatan Islam yang ditawarkan. Susun atur direka dengan pendekatan minimalis untuk memudahkan navigasi dan akses kepada setiap modul. Proses pengkodan dilaksanakan untuk mengintegrasikan fungsi utama dalam Fasa Pembangunan (Development) seperti waktu solat, jadual kuliah dan bahagian Darussyifa'. Pada Fasa Implimentasi, aplikasi diuji kepada kumpulan pengguna sasaran di UIS untuk mengenal pasti sebarang penambahbaikan yang diperlukan. Akhirnya, Fasa Penilaian (Evaluation) melibatkan penilaian berkala terhadap aplikasi untuk memperbaiki fungsi dan memperkenalkan ciri baharu berdasarkan maklum balas pengguna. Dengan pendekatan yang sistematik serta reka bentuk yang menarik dan berfungsi, APPSMAA diharapkan dapat memenuhi keperluan komuniti UIS, sekaligus menjadi contoh inovasi digital bagi institusi masjid di era teknologi moden.

Zitieren

APA

Ahmad, C. W. S. B. C. W., Aziz, S. A., Adenan, M. A. B., Shaharuddin, S. A., & Johori, M. R. (2026). PEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH MASJID AL-AZHAR (APPSMAA) UNIVERSITI ISLAM SELANGOR (UIS). International Journal of Mosque, Zakat And Waqaf Management (Al-Mimbar), 5(2), 77-92. https://doi.org/10.53840/dssvx611

Vancouver

Ahmad CWSBCW, Aziz SA, Adenan MAB, Shaharuddin SA, Johori MR. PEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH MASJID AL-AZHAR (APPSMAA) UNIVERSITI ISLAM SELANGOR (UIS). International Journal of Mosque, Zakat And Waqaf Management (Al-Mimbar). 2026;5(2):77-92. doi:10.53840/dssvx611

BibTeX
@article{Ahmad2026,
  author = {Ahmad, Che Wan Shamsul Bahri Che Wan and Aziz, Siti Azrehan and Adenan, Muhammad Aqil Barqi and Shaharuddin, Syarul Azman and Johori, Md Rozalafri},
  title = {PEMBANGUNAN APLIKASI MUDAH ALIH MASJID AL-AZHAR (APPSMAA) UNIVERSITI ISLAM SELANGOR (UIS)},
  journal = {International Journal of Mosque, Zakat And Waqaf Management (Al-Mimbar)},
  year = {2026},
  volume = {5},
  number = {2},
  pages = {77--92},
  doi = {10.53840/dssvx611}
}
Kostenlos starten →