EUVIMEDEUVIMED entdecken
Open Access · CC BY 4.0

Mengintegrasikan Prinsip Maqasid Syariah Dalam Pelaksanaan Ekonomi Kitaran: Analisis Terhadap Kerangka Kawalselia di Malaysia

Ruzian Markom, Tuan Najmi Syafiq Tuan Yacob

Journal of Muwafaqat · 31.10.2026 · 9 (2) · 74-101

DOI: 10.53840/d8jdvp23 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Journal of Muwafaqat, online erschienen am 31.10.2026. Verfasst von Ruzian Markom und 1 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY 4.0).

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Ekonomi kitaran merupakan pendekatan pembangunan yang beralih daripada model linear “ambil-buat-buang” kepada sistem yang menekankan kecekapan penggunaan sumber, pengurangan sisa dan pemulihan sistem semula jadi. Walau bagaimanapun, pelaksanaannya memerlukan kerangka kawal selia yang bukan sahaja menyokong kecekapan ekonomi dan kelestarian alam sekitar, tetapi turut mengambil kira dimensi etika, keadilan sosial dan kesejahteraan antara generasi. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan menganalisis potensi integrasi prinsip Maqasid Syariah dalam kerangka kawal selia ekonomi kitaran di Malaysia serta mencadangkan satu kerangka integrasi yang bersesuaian dengan konteks perundangan dan dasar negara. Kajian ini menggunakan pendekatan doktrinal dan analisis dokumen terhadap instrumen perundangan, dasar serta dokumen berkaitan ekonomi kitaran di Malaysia. Dapatan menunjukkan bahawa prinsip Maqasid Syariah, khususnya pemeliharaan nyawa, akal, keturunan, harta dan alam sekitar, dapat menyediakan asas normatif untuk memperkukuh orientasi etika dan kemaslahatan dalam pelaksanaan ekonomi kitaran. Walau bagaimanapun, penyelarasan antara instrumen kawal selia, pelaksanaan sektoral dan tanggungjawab institusi masih memerlukan pengukuhan. Berdasarkan analisis tersebut, kajian ini mencadangkan Kerangka Integrasi Kawal Selia Ekonomi Kitaran Berasaskan Maqasid Syariah yang menghubungkan prinsip normatif Maqasid Syariah dengan objektif ekonomi kitaran, instrumen kawal selia, pelaksanaan sektoral serta hasil dan impak yang boleh dinilai. Kerangka ini berpotensi menyokong pembangunan ekonomi kitaran yang lebih beretika, inklusif dan bertanggungjawab, di samping memperkukuh keadilan sosial dan kelestarian antara generasi di Malaysia. The circular economy represents a shift from the linear “take-make-dispose” model towards a system that emphasises resource efficiency, waste reduction and the restoration of natural systems. However, its implementation requires a regulatory framework that addresses not only economic efficiency and environmental sustainability but also ethical considerations, social justice and intergenerational well-being. This study examines the potential integration of Maqasid al-Shariah principles into Malaysia’s circular economy regulatory framework and proposes an integrative framework suited to the country’s legal and policy context. It adopts a qualitative approach based on doctrinal legal research and document analysis of legislation, policies, and relevant documents concerning the circular economy in Malaysia. The findings indicate that Maqasid al-Shariah principles, particularly the protection of life, intellect, progeny, wealth and the environment, provide a normative foundation for strengthening the ethical and public-interest dimensions of circular economy implementation. Nevertheless, coordination among regulatory instruments, sectoral implementation, and institutional responsibilities requires further strengthening. In response, this study proposes a Maqasid al-Shariah-Based Circular Economy Regulatory Integration Framework that connects the normative principles of Maqasid al-Shariah with circular economy objectives, regulatory instruments, sectoral implementation, and assessable outcomes and impacts. The proposed framework has the potential to support a more ethical, inclusive, and accountable circular economy while strengthening social justice and intergenerational sustainability in Malaysia.

Zitieren

APA

Markom, R., & Yacob, T. N. S. T. (2026). Mengintegrasikan Prinsip Maqasid Syariah Dalam Pelaksanaan Ekonomi Kitaran: Analisis Terhadap Kerangka Kawalselia di Malaysia. Journal of Muwafaqat, 9(2), 74-101. https://doi.org/10.53840/d8jdvp23

Vancouver

Markom R, Yacob TNST. Mengintegrasikan Prinsip Maqasid Syariah Dalam Pelaksanaan Ekonomi Kitaran: Analisis Terhadap Kerangka Kawalselia di Malaysia. Journal of Muwafaqat. 2026;9(2):74-101. doi:10.53840/d8jdvp23

BibTeX
@article{Markom2026,
  author = {Markom, Ruzian and Yacob, Tuan Najmi Syafiq Tuan},
  title = {Mengintegrasikan Prinsip Maqasid Syariah Dalam Pelaksanaan Ekonomi Kitaran: Analisis Terhadap Kerangka Kawalselia di Malaysia},
  journal = {Journal of Muwafaqat},
  year = {2026},
  volume = {9},
  number = {2},
  pages = {74--101},
  doi = {10.53840/d8jdvp23}
}
Kostenlos starten →