Peranan Dana Zakat dalam Menyokong Bantuan Bank Makanan Ketika Krisis Bencana
AZKA International Journal of Zakat & Social Finance · 19.03.2026 · 21-36
DOI: 10.51377/azjaf.vol7no1.239 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift AZKA International Journal of Zakat & Social Finance, online erschienen am 19.03.2026. Verfasst von Mohammad Amir Wan Harun und 7 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY-NC-ND 4.0).
Abstract (Originalsprache)
Dana zakat merupakan salah satu instrumen penting dalam sistem kewangan Islam yang berfungsi membantu golongan asnaf dan masyarakat yang memerlukan, khususnya ketika berlaku bencana, pandemik, dan krisis kemanusiaan. Dalam konteks ini, bank makanan muncul sebagai mekanisme yang pantas dan berkesan bagi mengagihkan bantuan makanan kepada mangsa terjejas. Namun, struktur agihan zakat tradisional sering menghadapi kekangan dari segi penyelarasan dengan inisiatif kecemasan seperti bank makanan, menyebabkan bantuan tidak dapat disalurkan dengan segera. Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi menganalisis peranan dana zakat dalam menyokong operasi bank makanan ketika bencana dan krisis, serta menilai potensi kerjasama strategik antara institusi zakat, masjid, NGO dan komuniti setempat. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis literatur dan temu bual separa berstruktur bersama pengendali bank makanan di Malaysia. Hasil kajian mencadangkan model bank makanan bantuan bencana di masjid yang berfungsi sebagai pusat pengumpulan dan pengagihan bantuan. Antara item bantuan termasuk makanan asas, minuman, kit kebersihan, peralatan tidur, pakaian, kelengkapan ibadah dan keperluan perubatan. Kajian menegaskan bahawa institusi zakat perlu melenturkan birokrasi agihan agar dana zakat dapat disalurkan dengan lebih cepat, teratur, dan patuh syariah. Kesimpulannya, pemerkasaan peranan dana zakat dalam menyokong bank makanan bukan sahaja mempercepatkan agihan bantuan, malah memperkukuh fungsi sosial zakat dalam menangani cabaran semasa.
Zitieren
APA
Harun, M. A. W., Wahab, M. A., Sulong, J., Ismail, F. H., Baharuddin, A. S., Saufi, M. S. A. M., Sinaga, A. I., & Mohamed, W. A. (2026). Peranan Dana Zakat dalam Menyokong Bantuan Bank Makanan Ketika Krisis Bencana. AZKA International Journal of Zakat & Social Finance, 21-36. https://doi.org/10.51377/azjaf.vol7no1.239
Vancouver
Harun MAW, Wahab MA, Sulong J, Ismail FH, Baharuddin AS, Saufi MSAM, et al. Peranan Dana Zakat dalam Menyokong Bantuan Bank Makanan Ketika Krisis Bencana. AZKA International Journal of Zakat & Social Finance. 2026:21-36. doi:10.51377/azjaf.vol7no1.239
BibTeX
@article{Harun2026,
author = {Harun, Mohammad Amir Wan and Wahab, Mastura Abd and Sulong, Jasni and Ismail, Faisal Husen and Baharuddin, Ahmad Syukran and Saufi, Mohd Shahid Azim Mohd and Sinaga, Ali Imran and Mohamed, Wafdi Auni},
title = {Peranan Dana Zakat dalam Menyokong Bantuan Bank Makanan Ketika Krisis Bencana},
journal = {AZKA International Journal of Zakat & Social Finance},
year = {2026},
pages = {21--36},
doi = {10.51377/azjaf.vol7no1.239}
}
EUVIMED