EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

TEORI EKOLOGI POLITIK: PENGETAHUAN DAN PERSEPSI KOMUNITI TERHADAP IMPAK LEBUHRAYA PAN BORNEO DI SABAH

ABDUL HAIR BEDDU ASIS, KHAIRUL AZLEE MOHD YUNUS

MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB) · 05.11.2026 · 37 (2) · 163-182

DOI: 10.51200/manu.v37i2.7445 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), online erschienen am 05.11.2026. Verfasst von ABDUL HAIR BEDDU ASIS und 1 weiteren Autor:innen.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Abstrak Kajian ini menganalisis kesan Lebuhraya Pan Borneo terhadap komuniti di Sabah dengan menggunakan kerangka Teori Ekologi Politik sebagai asas analisis. Pembangunan infrastruktur berskala besar lazimnya dilihat sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi dan integrasi wilayah, namun dalam masa yang sama berpotensi menghasilkan ketidakseimbangan sosial serta tekanan terhadap alam sekitar. Berlandaskan persoalan mengenai siapa yang memperoleh manfaat dan siapa yang menanggung kos pembangunan, kajian ini menilai impak sosioekonomi dan alam sekitar projek tersebut dalam konteks komuniti tempatan. Kajian menggunakan pendekatan kuantitatif melalui edaran soal selidik kepada 404 responden di daerah Papar. Analisis melibatkan statistik deskriptif dan interpretasi konseptual sosioekonomi. Dapatan menunjukkan bahawa majoriti responden mengakui memperoleh manfaat daripada projek ini, khususnya dari segi peningkatan kemudahan awam, aksesibiliti dan peluang ekonomi. Walau bagaimanapun, sebahagian besar responden turut melaporkan kewujudan bantahan komuniti serta kesulitan sepanjang tempoh pelaksanaan, termasuk gangguan sosial, rasa tidak selamat dan tekanan terhadap aktiviti harian. Dari perspektif sosioekonomi, nilai min keseluruhan menunjukkan tahap impak sederhana (Min = 2.68), menggambarkan sifat dualistik antara manfaat pembangunan dan kos sosial yang ditanggung komuniti. Manakala dari aspek alam sekitar (Min = 2.80), responden cenderung bersetuju bahawa projek ini menyumbang kepada pencemaran, gangguan ekologi serta kemerosotan kualiti persekitaran. Secara keseluruhannya, kajian ini mendapati bahawa pembangunan Lebuhraya Pan Borneo menghasilkan konfigurasi “pemenang dan pihak terpinggir” sebagaimana dihuraikan dalam Teori Ekologi Politik. Justeru, pelaksanaan projek infrastruktur mega memerlukan pendekatan pembangunan yang lebih inklusif, telus dan lestari bagi memastikan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi, keadilan sosial dan pemeliharaan alam sekitar.

Zitieren

APA

ASIS, A. H. B., & YUNUS, K. A. M. (2026). TEORI EKOLOGI POLITIK: PENGETAHUAN DAN PERSEPSI KOMUNITI TERHADAP IMPAK LEBUHRAYA PAN BORNEO DI SABAH. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB), 37(2), 163-182. https://doi.org/10.51200/manu.v37i2.7445

Vancouver

ASIS AHB, YUNUS KAM. TEORI EKOLOGI POLITIK: PENGETAHUAN DAN PERSEPSI KOMUNITI TERHADAP IMPAK LEBUHRAYA PAN BORNEO DI SABAH. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB). 2026;37(2):163-182. doi:10.51200/manu.v37i2.7445

BibTeX
@article{ASIS2026,
  author = {ASIS, ABDUL HAIR BEDDU and YUNUS, KHAIRUL AZLEE MOHD},
  title = {TEORI EKOLOGI POLITIK: PENGETAHUAN DAN PERSEPSI KOMUNITI TERHADAP IMPAK LEBUHRAYA PAN BORNEO DI SABAH},
  journal = {MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB)},
  year = {2026},
  volume = {37},
  number = {2},
  pages = {163--182},
  doi = {10.51200/manu.v37i2.7445}
}
Kostenlos starten →