Hubungan antara amalan hijau dan pengurusan bengkel di Institut Kemahiran Teknikal Kota Kinabalu, Sabah
Jurnal Pemikir Pendidikan · 31.12.2017 · 8 (1) · 113-133
DOI: 10.51200/jpp.v8i1.8252 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Jurnal Pemikir Pendidikan, online erschienen am 31.12.2017. Verfasst von Nunik Wahida Mohd Nuryamin und 1 weiteren Autor:innen. Der Volltext ist frei zugänglich (Open Access, CC BY-NC-SA 4.0).
Abstract (Originalsprache)
Kepesatan dan kemajuan sains, teknologi, dan perindustrian adalah antara penyumbang utama terhadap kemerosotan kualiti alam sekitar. Kesedaran masyarakat dalam membantu melestarikan alam sekitar harus dipupuk melalui pendidikan dari peringkat awal. Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti tahap amalan hijau, tahap pengurusan bengkel dan hubungan antara amalan hijau dengan pengurusan bengkel dalam kalangan tenaga pengajar Institut Kemahiran Teknikal di Kota Kinabalu, Sabah. Seramai 147 orang responden dipilih dengan menggunakan kaedah pensampelan rawak bagi mewakili populasi tenaga pengajar Institut Kemahiran Teknikal. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif bukan eksperimen yang menggunakan kaedah tinjauan untuk mengumpul data. Instrumen yang digunakan untuk mendapatkan data terdiri daripada Soal Selidik Amalan Hijau selidik Pengurusan Bengkel. Indeks kebolehpercayaan kedua-dua instrumen ini ialah .91 dan .93. Analisis data dilakukan dengan menggunakan Program IBM SPSS Statistics version 22.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap amalan hijau dan pengurusan bengkel adalah pada tahap 'Tinggi' (3.87 - 4.17). Selain itu, dapatan kajian juga mendapati terdapat hubungan yang kuat (r = .71) dan signifikan antara amalan hijau dengan pengurusan bengkel. Dapatan kajian ini dapat memberikan garis panduan untuk membentuk kolaborasi antara pihak Institut Kemahiran Teknikal dengan Industri dalam memantapkan pengetahuan dan penerapan teknologi hijau dan amalan hijau dalam pendidikan kemahiran dan teknikal khususnya. The rapid development and advancement of science, technology, and industry are among the main contributors to the deterioration of environmental quality. Public awareness of the importance of environmental sustainability should be cultivated through education from an early stage. This study was conducted to identify the levels of green practices and workshop management, as well as the relationship between green practices and workshop management among instructors at the Technical Skills Institute in Kota Kinabalu, Sabah. A total of 147 respondents were selected using random sampling to represent the population of instructors at the Technical Skills Institute. This study employed a quantitative, non-experimental research design using a survey method to collect data. The instruments used to obtain the data consisted of the Green Practices Questionnaire and the Workshop Management Questionnaire. The reliability indices of the two instruments were .91 and .93, respectively. Data were analysed using IBM SPSS Statistics Version 22.0. The findings showed that the levels of green practices and workshop management were high (3.87–4.17). In addition, the findings indicated a strong (r = .71) and significant relationship between green practices and workshop management. The findings provide guidelines for establishing collaboration between the Technical Skills Institute and industry to strengthen knowledge and the application of green technology and green practices in skills and technical education, particularly.
Zitieren
APA
Nuryamin, N. W. M., & Han, C. G. K. (2017). Hubungan antara amalan hijau dan pengurusan bengkel di Institut Kemahiran Teknikal Kota Kinabalu, Sabah. Jurnal Pemikir Pendidikan, 8(1), 113-133. https://doi.org/10.51200/jpp.v8i1.8252
Vancouver
Nuryamin NWM, Han CGK. Hubungan antara amalan hijau dan pengurusan bengkel di Institut Kemahiran Teknikal Kota Kinabalu, Sabah. Jurnal Pemikir Pendidikan. 2017;8(1):113-133. doi:10.51200/jpp.v8i1.8252
BibTeX
@article{Nuryamin2017,
author = {Nuryamin, Nunik Wahida Mohd and Han, Crispina Gregory K.},
title = {Hubungan antara amalan hijau dan pengurusan bengkel di Institut Kemahiran Teknikal Kota Kinabalu, Sabah},
journal = {Jurnal Pemikir Pendidikan},
year = {2017},
volume = {8},
number = {1},
pages = {113--133},
doi = {10.51200/jpp.v8i1.8252}
}
EUVIMED