EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

KOLEKSI GENDANG GANGSA DI MALAYSIA BERDASARKAN KLASIFIKASI HEGER

Nordiana Nasuha Molinka

Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History) · 04.11.2026 · 11 (1) · 117-136

DOI: 10.51200/jba.v11i1.8579 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History), online erschienen am 04.11.2026. Verfasst von Nordiana Nasuha Molinka.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Zaman Logam di Asia Tenggara dicirikan oleh perkembangan dan penyebaran budaya gendang gangsa dari Tanah Besar Asia ke seluruh kepulauan rantau Asia Tenggara menerusi jaringan laluan maritim. Di Malaysia, jumpaan artifak gendang gangsa direkodkan berlaku di beberapa kawasan strategik yang merangkumi Semenanjung Malaysia dan Sabah. Sehingga kini, sebanyak 22 buah gendang gangsa berjaya didokumentasikan menerusi penemuan tidak sengaja, koleksi warisan istana, serta simpanan pihak orang perseorangan. Walau bagaimanapun, timbul satu permasalahan utama dalam disiplin arkeologi tempatan ekoran wujudnya kelompangan maklumat yang ketara akibat ketiadaan pendokumentasian secara berpusat yang menghimpunkan keseluruhan jumpaan tersebut. Perkara ini menyukarkan usaha sistematik untuk mengemas kini kedudukan, taburan kontekstual, dan status tipologi artifak-artifak tersebut secara kronologi. Sehubungan itu, objektif utama kajian ini adalah untuk menghimpunkan laporan inventori terkini bagi kesemua 22 buah gendang gangsa di Malaysia, sekali gus menganalisis dan membahagikan klasifikasinya berdasarkan acuan sistem tipologi Franz Heger (Heger I, II, dan III). Bagi mencapai tujuan tersebut, kajian ini menerapkan pendekatan metodologi kualitatif yang bersandarkan kepada analisis rekod muzium dan teubual, seterusnya diperkukuh dengan sorotan literatur kritis terhadap laporan dan penulisan jurnal terdahulu. Hasil kajian ini diharapkan dapat membekalkan satu dokumentasi inventori terkini yang berpotensi menjadi sumber rujukan berwibawa kepada para pengkaji, di samping memperkasakan dokumentasi artifak Zaman Logam, terutamanya zaman gangsa di Malaysia.

Zitieren

APA

Molinka, N. N. (2026). KOLEKSI GENDANG GANGSA DI MALAYSIA BERDASARKAN KLASIFIKASI HEGER. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History), 11(1), 117-136. https://doi.org/10.51200/jba.v11i1.8579

Vancouver

Molinka NN. KOLEKSI GENDANG GANGSA DI MALAYSIA BERDASARKAN KLASIFIKASI HEGER. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History). 2026;11(1):117-136. doi:10.51200/jba.v11i1.8579

BibTeX
@article{Molinka2026,
  author = {Molinka, Nordiana Nasuha},
  title = {KOLEKSI GENDANG GANGSA DI MALAYSIA BERDASARKAN KLASIFIKASI HEGER},
  journal = {Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History)},
  year = {2026},
  volume = {11},
  number = {1},
  pages = {117--136},
  doi = {10.51200/jba.v11i1.8579}
}
Kostenlos starten →