EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

UPACARA MONSUUNG DAHUNGAN (SAJIAN KUALA SUNGAI) DI KIMANIS

Zainuddin Baco

Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History) · 2025

DOI: 10.51200/jba.v10i1.7203 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History), 2025. Verfasst von Zainuddin Baco.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Upacara Monsuung Dahungan merupakan salah satu adat tradisional yang masih diamalkan oleh masyarakat Kadazan-Dusun di Kimanis, Sabah. Adat ini berfungsi sebagai ritual pendamaian antara manusia dengan alam spiritual bagi mengekalkan keseimbangan kosmos yang dipercayai menjadi asas kepada kesejahteraan hidup masyarakat setempat. Artikel ini bertujuan membincangkan latar belakang konsep adat dalam konteks kepercayaan tradisional Kadazan-Dusun, sejarah dan struktur masyarakat Kadazan-Dusun di Kimanis, serta menghuraikan secara terperinci pelaksanaan upacara Monsuung Dahungan. Perbincangan meliputi peringkat persediaan, proses ritual utama seperti Menggambo, Menavit dan Monsuung Dahungan, pantang larang yang dikuatkuasakan, serta kes-kes pelanggaran adat yang pernah berlaku. Artikel ini turut meneliti keunikan kerjasama antara masyarakat Kadazan-Dusun dan Melayu Brunei dalam menjayakan upacara ini, walaupun kedua-duanya mempunyai latar belakang agama dan budaya yang berbeza. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Monsuung Dahungan bukan sahaja berperanan sebagai mekanisme spiritual untuk menjamin keselamatan dan kesejahteraan komuniti, malah menjadi simbol kesepakatan sosial dan keharmonian antara etnik di Kimanis. Walau bagaimanapun, kelangsungan adat ini berhadapan cabaran akibat pengaruh pemodenan, pendidikan moden dan perubahan sosioekonomi. Oleh itu, pemeliharaan adat ini perlu dilihat sebagai sebagai warisan budaya dan identiti penting masyarakat Kadazan-Dusun di Kimanis.

Zitieren

APA

Baco, Z. (2025). UPACARA MONSUUNG DAHUNGAN (SAJIAN KUALA SUNGAI) DI KIMANIS. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History). https://doi.org/10.51200/jba.v10i1.7203

Vancouver

Baco Z. UPACARA MONSUUNG DAHUNGAN (SAJIAN KUALA SUNGAI) DI KIMANIS. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History). 2025. doi:10.51200/jba.v10i1.7203

BibTeX
@article{Baco2025,
  author = {Baco, Zainuddin},
  title = {UPACARA MONSUUNG DAHUNGAN (SAJIAN KUALA SUNGAI) DI KIMANIS},
  journal = {Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History)},
  year = {2025},
  doi = {10.51200/jba.v10i1.7203}
}
Kostenlos starten →