SEJARAH PERKHIDMATAN KESIHATAN DI BORNEO UTARA DARI TAHUN 1946 SEHINGGA TAHUN 1963
Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History) · 2025
DOI: 10.51200/jba.v10i1.7198 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History), 2025. Verfasst von Nur Fardha Ayu Jusnih und 1 weiteren Autor:innen.
Abstract (Originalsprache)
Kajian ini bertujuan untuk menilai transformasi perkhidmatan kesihatan di Borneo Utara dari tahun 1946 hingga 1963 iaitu semasa tempoh penstrukturan semula kolonial British selepas kemusnahan semasa di bawah pentadbiran Jepun. Selepas Borneo Utara diisytiharkan sebagai Tanah Jajahan Mahkota British pada tahun 1946, Borneo Utara berhadapan dengan pelbagai cabaran kesihatan termasuk penularan penyakit berjangkit, kekurangan infrastruktur perubatan, dan ketiadaan tenaga kerja tempatan yang mencukupi. Pentadbiran kolonial memperkenalkan beberapa inisiatif seperti tinjauan depopulasi penduduk pendalaman, pembinaan semula infrastruktur kesihatan yang musnah akibat perang, penstrukturan jabatan kesihatan serta penambahan kakitangan kesihatan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, dengan merujuk kepada sumber primer seperti dokumen-dokumen kerajaan dan juga sumber-sumber sekunder. Kajian ini mendapati bahawa meskipun terdapat usaha penambahbaikan terhadap perkhidmatan kesihatan yang diberikan namun begitu perkhidmatan kesihatan yang diberikan masih terhad dan tidak seimbang dari segi agihan dan lebih tertumpu di kawasan bandar (Jesselton dan Elopura) - mencerminkan ketidaksamarataan sosio-ekonomi dan kepentingan kolonial.
Zitieren
APA
Jusnih, N. F. A., & Baco, Z. (2025). SEJARAH PERKHIDMATAN KESIHATAN DI BORNEO UTARA DARI TAHUN 1946 SEHINGGA TAHUN 1963. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History). https://doi.org/10.51200/jba.v10i1.7198
Vancouver
Jusnih NFA, Baco Z. SEJARAH PERKHIDMATAN KESIHATAN DI BORNEO UTARA DARI TAHUN 1946 SEHINGGA TAHUN 1963. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History). 2025. doi:10.51200/jba.v10i1.7198
BibTeX
@article{Jusnih2025,
author = {Jusnih, Nur Fardha Ayu and Baco, Zainuddin},
title = {SEJARAH PERKHIDMATAN KESIHATAN DI BORNEO UTARA DARI TAHUN 1946 SEHINGGA TAHUN 1963},
journal = {Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History)},
year = {2025},
doi = {10.51200/jba.v10i1.7198}
}
EUVIMED