EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

SHEIKH HASABOLLAH AL DZAHIRI DAN SUMBANGANNYA DALAM BIDANG DAKWAH DI DAERAH SANDAKAN DARI TAHUN 1960 HINGGA TAHUN 1971

Fadzilah Sahak

Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History) · 2025

DOI: 10.51200/jba.v10i1.7196 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History), 2025. Verfasst von Fadzilah Sahak.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Ulama dan dakwah tidak dapat dipisahkan dalam kehidupan golongan ini. Ulama berasal dari perkataan alim yang bermaksud ilmuan Islam atau seseorang yang tinggi ilmu pengetahuan terutama tentang hal ehwal agama dan mengamalkan ilmu yang dipelajarinya. Kehidupan para ulama sentiasa terisi dengan kegiatan dakwah yang bermanfaat kepada masyarakat Islam. Justeru itu penulisan ini akan melihat peranan dan sumbangan seorang tokoh pendakwah yang terlibat dalam usaha penyebaran ilmu agama di Sabah dan khususnya di daerah Sandakan pada awal abad ke 20. Nama Sheikh Hasabollah Al Dzahiri mungkin tidak asing bagi penduduk sekitar kerana nama pendakwah ini terpahat kemas di masjid yang dikatakan antara yang tertua di negeri Sabah iaitu Masjid Sheikh Hasabollah Al Dzahiri yang terletak di daerah Sandakan. Jalur keturunan sebelah ayah Sheikh Hasabollah berasal dari Hadramawt, Yaman manakala ibunya pula berasal dari suku kaum Suluk dan dikenali sebagai Arab Peranakan yang telah berasimilasi dengan budaya dan cara hidup masyarakat tempatan pada zamannya. Beliau dikatakan terlibat dengan dunia dakwah dan berperanan memberi sumbangan aktif menyalurkan ilmu agama kepada penduduk Islam di sekitar daerah ini dan menjadikan masjid jamek daerah Sandakan yang kini dikenali sempena nama tokoh ulama ini iaitu Masjid Sheikh Hasabollah Al Dzahiri sebagai pusat penyebaran dakwahnya.

Zitieren

APA

Sahak, F. (2025). SHEIKH HASABOLLAH AL DZAHIRI DAN SUMBANGANNYA DALAM BIDANG DAKWAH DI DAERAH SANDAKAN DARI TAHUN 1960 HINGGA TAHUN 1971. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History). https://doi.org/10.51200/jba.v10i1.7196

Vancouver

Sahak F. SHEIKH HASABOLLAH AL DZAHIRI DAN SUMBANGANNYA DALAM BIDANG DAKWAH DI DAERAH SANDAKAN DARI TAHUN 1960 HINGGA TAHUN 1971. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History). 2025. doi:10.51200/jba.v10i1.7196

BibTeX
@article{Sahak2025,
  author = {Sahak, Fadzilah},
  title = {SHEIKH HASABOLLAH AL DZAHIRI DAN SUMBANGANNYA DALAM BIDANG DAKWAH DI DAERAH SANDAKAN DARI TAHUN 1960 HINGGA TAHUN 1971},
  journal = {Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History)},
  year = {2025},
  doi = {10.51200/jba.v10i1.7196}
}
Kostenlos starten →