NUNUK RAGANG SEBAGAI SIMBOL IDENTITI ETNIK DUSUN DALAM CERITA RAKYAT SABAH “KISAH AYAM SAKTI DAN TEMPAYAN” KARYA KUNIAH@ANTHONIA GILUNG
Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History) · 2025
DOI: 10.51200/jba.v10i1.7193 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History), 2025. Verfasst von Rosmah Derak und 2 weiteren Autor:innen.
Abstract (Originalsprache)
Cerita rakyat Sabah yang menghimpunkan pelbagai bentuk kearifan tempatan milik kaum peribumi Sabah sudah banyak diterbitkan di pasaran. Kisah Ayam Sakti dan Tempayan karya Kuniah@Anthonia Gilung adalah salah satu contoh cerita rakyat tentang asal-usul etnik Dusun yang dipercayai berasal dari Nunuk Ragang. Kepercayaan ini menjadi lambang dan identiti yang dipercayai oleh etnik Dusun sehingga ke hari ini. Oleh itu, kertas kerja ini bertujuan untuk menganalisis bagaimana Nunuk Ragang itu telah menjadi simbol etnik Dusun yang sangat akrab dengan alam sekitar dan semangat kekitaan yang sangat kukuh antara satu sama lain. Kajian tekstual dan pembacaan rapi akan digunakan untuk menganalisis cerita rakyat ini. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kepercayaan terhadap cerita Nunuk Ragang bukan hanya dianggap sekadar mitos tetapi lebih kepada falsafah dan pandangan hidup mereka. Kepercayaan animisme sudah sebati dengan diri mereka dan menganggap bahawa alam semula jadi mempunyai roh atau semangat yang perlu dihormati oleh manusia. Selain itu, semangat gotong royong dan saling hormat menghormati sangat menebal dalam diri mereka yang berkekalan sehingga ke hari ini. Impak kepada kajian ini menunjukkan bahawa cerita rakyat Sabah sangat penting untuk didokumentasikan sama ada dalam bentuk penulisan kreatif mahupun penulisan yang bersifat ilmiah agar kepercayaan dan pegangan etnik Dusun sentiasa diingati oleh generasi pada masa kini.
Zitieren
APA
Derak, R., Mahali, S. N. H., & Kassim, N. (2025). NUNUK RAGANG SEBAGAI SIMBOL IDENTITI ETNIK DUSUN DALAM CERITA RAKYAT SABAH “KISAH AYAM SAKTI DAN TEMPAYAN” KARYA KUNIAH@ANTHONIA GILUNG. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History). https://doi.org/10.51200/jba.v10i1.7193
Vancouver
Derak R, Mahali SNH, Kassim N. NUNUK RAGANG SEBAGAI SIMBOL IDENTITI ETNIK DUSUN DALAM CERITA RAKYAT SABAH “KISAH AYAM SAKTI DAN TEMPAYAN” KARYA KUNIAH@ANTHONIA GILUNG. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History). 2025. doi:10.51200/jba.v10i1.7193
BibTeX
@article{Derak2025,
author = {Derak, Rosmah and Mahali, Saidatul Nornis Hj. and Kassim, Noorafini},
title = {NUNUK RAGANG SEBAGAI SIMBOL IDENTITI ETNIK DUSUN DALAM CERITA RAKYAT SABAH “KISAH AYAM SAKTI DAN TEMPAYAN” KARYA KUNIAH@ANTHONIA GILUNG},
journal = {Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History)},
year = {2025},
doi = {10.51200/jba.v10i1.7193}
}
EUVIMED