BURU-BURU SEBAGAI MEDIUM KOMUNIKASI TRADISI ETNIK BAJAU DALAM MISI PENCARIAN ORANG HILANG
Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History) · 2025
DOI: 10.51200/jba.v10i1.7190 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History), 2025. Verfasst von Aisah Hossin und 1 weiteren Autor:innen.
Abstract (Originalsprache)
Gong merupakan salah satu instrumen tradisi yang memainkan peranan signifikan dalam kehidupan pelbagai etnik di Sabah. Dalam konteks sosio-budaya komuniti di Sabah, gong bukan hanya sekadar dijadikan sebagai alat muzik, tetapi turut berfungsi sebagai elemen penting dalam pelbagai upacara ritual utama serta aktiviti sosial mereka. Justeru, kajian ini cuba untuk meneliti fungsi gong khususnya dalam buru-buru dalam konteks pencarian orang hilang yang dijadikan sebagai medium komunikasi utama dalam kalangan etnik Bajau. Melalui pendekatan kualitatif dengan persampelan bertujuan, data dikumpulkan melalui temu bual mendalam bersama dua belas orang informan yang terdiri daripada komuniti Bajau yang memiliki pengalaman langsung dalam buru-buru. Hasil daripada analisis tematik, dapatan kajian mendapati bahawa buru-buru memainkan peranan penting sebagai medium komunikasi melalui tiga tema utama iaitu (i) Mind- Etnik bajau membentuk fikiran mereka hasil daripada proses sosialisasi, (ii) Self- Pukulan gong dimaknai dengan makna yang dikongsi bersama sejajar dengan perlakuan, dan (iii) Society- Berinteraksi secara sedar dan bertindak secara bersama untuk melakukan pencarian berdasarkan makna yang dipersetujui. Kajian ini juga mencadangkan di masa akan datang pengkaji dapat menyiasat sama ada tradisi ini (mencari orang hilang) diturunkan atau berisiko mengalami hakisan budaya, dan apakah inisiatif yang boleh dilaksanakan untuk kebangkitan semula. Buru-buru menjadi salah satu daripada pengetahuan tradisi etnik Bajau yang masih diaplikasikan sehingga hari ini sebagai satu kaedah yang digunakan untuk mencari orang hilang.
Zitieren
APA
Hossin, A., & Jumrah, M. H. (2025). BURU-BURU SEBAGAI MEDIUM KOMUNIKASI TRADISI ETNIK BAJAU DALAM MISI PENCARIAN ORANG HILANG. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History). https://doi.org/10.51200/jba.v10i1.7190
Vancouver
Hossin A, Jumrah MH. BURU-BURU SEBAGAI MEDIUM KOMUNIKASI TRADISI ETNIK BAJAU DALAM MISI PENCARIAN ORANG HILANG. Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History). 2025. doi:10.51200/jba.v10i1.7190
BibTeX
@article{Hossin2025,
author = {Hossin, Aisah and Jumrah, Mohd Hanafi},
title = {BURU-BURU SEBAGAI MEDIUM KOMUNIKASI TRADISI ETNIK BAJAU DALAM MISI PENCARIAN ORANG HILANG},
journal = {Jurnal Borneo Arkhailogia (Heritage, Archaeology and History)},
year = {2025},
doi = {10.51200/jba.v10i1.7190}
}
EUVIMED