Turutan Pembelajaran-Pemudahcaraan” konsep tenaga pelajar fizik sekolah menengah menggunakan model pembinaan semula PdPC berasaskan tradisi Didaktik-Jerman
Borneo International Journal of Education (BIJE) · 2021
DOI: 10.51200/bije.v2i.4114 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Borneo International Journal of Education (BIJE), 2021. Verfasst von Azlinah Ispal.
Abstract (Originalsprache)
Turutan pembelajaran-pemudahcaraan konsep tenaga adalah berasaskan penyelidikan pendidikan saintifik berskala mikro yang direka khusus untuk mengkaji topik tunggal dalam PdPC bilik darjah. Terdapat beberapa model di bawah trend ini tetapi artikel ini hanya mengkhusus kepada Model Pembinaan Semula PdPC (MPSP) atau lebih dikenali sebagai Model of Educational Reconstruction (MER) dalam bahasa Inggeris yang ditemukan bermula dari negara Jerman. Model ini dianggap penting dalam penyelidikan pendidikan saintifik kerana ciri uniknya yang berupaya ‘mentransformasikan’ struktur kandungan fizik yang difahami oleh komuniti saintis agar menjadi struktur kandungan fizik yang mudah difahami pelajar di dalam bilik darjah. Hal ini kerana, menurut MPSP struktur PdPC fizik mestilah dibina berdasarkan perspektif pelajar, terutamanya konsep pra-pengetahuan dan trajektori pembelajaran mereka. MPSP ini terdiri daripada tiga komponen iaitu pemerihalan dan analisis kandungan subjek, penyelidikan PdPC dan reka bentuk persekitaran PdPC. Objektif penyelidikan ini ialah meneroka cara bagaimana konsepsi pelajar terhadap konsep tenaga yang berorientasikan aktiviti harian dapat ditransfomasikan/dibina semula kepada konsep yang berorientasikan fizik. Kajian kualitatif yang dijalankan ini mengadaptasi pendekatan fenomenologi hermeneutik Heidegger dan data diperoleh daripada pelbagai sumber seperti temu bual separa berstruktur, jawapan bertulis pelajar, ‘pengajaran eksperimen’, dan refleksi-diri pelajar. Data dianalisis menggunakan analisis kualitatif kandungan dan akhir sekali dapatan kajian dipersembahkan dalam bentuk ilustrasi ‘laluan pembelajaran’ untuk melihat bagaimana pembentukan pemahaman pelajar terhadap konsep tenaga berlaku. Oleh itu, pendekatan turutan pembelajaran-pemudahcaraan menggunakan MPSP ini memiliki potensi yang besar untuk dijadikan salah satu kaedah PdPC terbaik dalam pendidikan sains di Malaysia. The teaching-learning-sequence of energy concept is based on microscale scientific educational research designed specifically to study a single topic in classroom teaching and learning. There are several theoretical models associated with this trend, but this article focuses solely on the Model of Educational Reconstruction (MER) discovered in Germany. This model is important in scientific education research because of its unique ability to ‘transform’ the physics content structure understood by the scientific community into the physics content structure easily understood by students in the classroom. This is because, according to MER, the structure of physics teaching and learning must be built around students’ perspectives, particularly pre-knowledge concepts and learning trajectories. The MER is made up of three parts: subject matter clarification and analysis, research on teaching and learning, and design for teaching and learning environments. The objective of this study is to explore how students’ conceptions of energy daily activities-oriented can be transformed/reconstructed into the concept of physics-oriented. This qualitative study adapted Heidegger’s hermeneutic phenomenological approach, and data were gathered from a variety of sources, including semi-structured interviews, written responses from students, a teaching experiment, and students’ self-reflection. The data was analysed using qualitative content analysis, and the study’s findings were presented in the illustration of ‘learning pathways’ to show how students progressed in their understanding of the energy concept. As a result, this teaching-learning sequence approach based on MER has the potential to be one of the most effective teaching and learning methods in Malaysian science education.
Zitieren
APA
Ispal, A. (2021). Turutan Pembelajaran-Pemudahcaraan” konsep tenaga pelajar fizik sekolah menengah menggunakan model pembinaan semula PdPC berasaskan tradisi Didaktik-Jerman. Borneo International Journal of Education (BIJE). https://doi.org/10.51200/bije.v2i.4114
Vancouver
Ispal A. Turutan Pembelajaran-Pemudahcaraan” konsep tenaga pelajar fizik sekolah menengah menggunakan model pembinaan semula PdPC berasaskan tradisi Didaktik-Jerman. Borneo International Journal of Education (BIJE). 2021. doi:10.51200/bije.v2i.4114
BibTeX
@article{Ispal2021,
author = {Ispal, Azlinah},
title = {Turutan Pembelajaran-Pemudahcaraan” konsep tenaga pelajar fizik sekolah menengah menggunakan model pembinaan semula PdPC berasaskan tradisi Didaktik-Jerman},
journal = {Borneo International Journal of Education (BIJE)},
year = {2021},
doi = {10.51200/bije.v2i.4114}
}
EUVIMED