Pembentukan Minat Murid terhadap Mata Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi melalui Penggunaan Modul Digital STEM Berasaskan Interest-Driven Creator (IDC) Theory
Pertanika Journal of Vocational, Science and Technology Education · 2026
DOI: 10.47836/pjvste.2.1.10 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Pertanika Journal of Vocational, Science and Technology Education, 2026. Verfasst von Mohd Hafis Ngadimin und 2 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 24 Literaturangaben.
Abstract (Originalsprache)
Minat merupakan aspek penting yang mempengaruhi penglibatan murid dalam pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Walaupun penggunaan teknologi semakin berkembang dalam pendidikan STEM, pemahaman tentang bagaimana pengalaman pembelajaran digital berkaitan dengan pengalaman minat murid dalam konteks RBT masih terhad. Kajian ini bertujuan meneroka pengalaman murid berkaitan penggunaan Modul Digital STEM dalam pembelajaran RBT melalui perspektif Interest-Driven Creator (IDC) Theory. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes yang melibatkan enam orang murid Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur, Malaysia. Peserta dipilih secara persampelan bertujuan dan data dikumpul melalui temu bual separa berstruktur sebelum dianalisis menggunakan analisis tematik. Dapatan menunjukkan bahawa pengalaman peserta ketika menggunakan Modul Digital STEM memperlihatkan ciri-ciri yang konsisten dengan tiga fasa IDC Theory, iaitu triggering, immersing dan extending. Fasa triggering memperlihatkan pengalaman yang menarik perhatian dan membangkitkan rasa ingin tahu, immersing menunjukkan penerokaan kandungan serta penglibatan aktif, manakala extending mencerminkan kecenderungan sesetengah peserta untuk meneruskan penerokaan pembelajaran secara kendiri dan berkongsi pengetahuan. Kajian ini memberikan gambaran kontekstual tentang pengalaman pembelajaran digital dalam RBT serta menunjukkan potensi IDC Theory sebagai lensa untuk memahami pengalaman yang berkaitan dengan perkembangan minat murid dalam pendidikan STEM.
Zitieren
APA
Ngadimin, M. H., Khambari, M. N. M., & Ayub, A. F. M. (2026). Pembentukan Minat Murid terhadap Mata Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi melalui Penggunaan Modul Digital STEM Berasaskan Interest-Driven Creator (IDC) Theory. Pertanika Journal of Vocational, Science and Technology Education. https://doi.org/10.47836/pjvste.2.1.10
Vancouver
Ngadimin MH, Khambari MNM, Ayub AFM. Pembentukan Minat Murid terhadap Mata Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi melalui Penggunaan Modul Digital STEM Berasaskan Interest-Driven Creator (IDC) Theory. Pertanika Journal of Vocational, Science and Technology Education. 2026. doi:10.47836/pjvste.2.1.10
BibTeX
@article{Ngadimin2026,
author = {Ngadimin, Mohd Hafis and Khambari, Mas Nida Md. and Ayub, Ahmad Fauzi Mohd},
title = {Pembentukan Minat Murid terhadap Mata Pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi melalui Penggunaan Modul Digital STEM Berasaskan Interest-Driven Creator (IDC) Theory},
journal = {Pertanika Journal of Vocational, Science and Technology Education},
year = {2026},
doi = {10.47836/pjvste.2.1.10}
}
EUVIMED