EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

Strategi Interaksi Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR): Satu Kajian Kualitatif di Sekolah Menengah di Malaysia

Radziah Mokhtar, Mas Nida Md. Khambari, Marzni Mohamed Mokhtar, Norliza Ghazali

Pertanika Journal of Vocational, Science and Technology Education · 2026

DOI: 10.47836/pjvste.2.1.03 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Pertanika Journal of Vocational, Science and Technology Education, 2026. Verfasst von Radziah Mokhtar und 3 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 46 Literaturangaben.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ketika pandemik COVID-19 kini telah berkembang daripada sekadar langkah kecemasan. Ia berpotensi menjadi alternatif pembelajaran yang fleksibel bagi memastikan kesinambungan pendidikan sekiranya berlaku penutupan sekolah akibat krisis atau bencana. Bertitik tolak daripada itu, kajian ini bertujuan meneroka strategi interaksi guru semasa pelaksanaan PdPR. Kajian kualitatif ini melibatkan 13 orang guru sekolah menengah yang dipilih melalui teknik pensampelan bertujuan. Pengumpulan data dilaksanakan menerusi temu bual separa berstruktur dan analisis dokumen, dan kemudiannya dianalisis menggunakan pendekatan tematik. Hasil kajian menemukan tiga tema utama: (i) strategi pedagogi dan penyesuaian kaedah mengajar, (ii) interaksi sosial dan komunikasi dua hala, serta (iii) interaksi berasaskan teknologi dan autonomi pembelajaran. Ketiga-tiga tema tersebut menunjukkan kepelbagaian strategi interaksi yang digunakan oleh guru bagi menyokong komunikasi, penglibatan dan pembelajaran murid sepanjang pelaksanaan PdPR. Kajian ini memberi pemahaman mendalam tentang kepelbagaian strategi interaksi guru, di samping menyumbang implikasi penting terhadap penambahbaikan amalan pengajaran bagi memperkukuh kualiti pendidikan pada masa hadapan.

Zitieren

APA

Mokhtar, R., Khambari, M. N. M., Mokhtar, M. M., & Ghazali, N. (2026). Strategi Interaksi Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR): Satu Kajian Kualitatif di Sekolah Menengah di Malaysia. Pertanika Journal of Vocational, Science and Technology Education. https://doi.org/10.47836/pjvste.2.1.03

Vancouver

Mokhtar R, Khambari MNM, Mokhtar MM, Ghazali N. Strategi Interaksi Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR): Satu Kajian Kualitatif di Sekolah Menengah di Malaysia. Pertanika Journal of Vocational, Science and Technology Education. 2026. doi:10.47836/pjvste.2.1.03

BibTeX
@article{Mokhtar2026,
  author = {Mokhtar, Radziah and Khambari, Mas Nida Md. and Mokhtar, Marzni Mohamed and Ghazali, Norliza},
  title = {Strategi Interaksi Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR): Satu Kajian Kualitatif di Sekolah Menengah di Malaysia},
  journal = {Pertanika Journal of Vocational, Science and Technology Education},
  year = {2026},
  doi = {10.47836/pjvste.2.1.03}
}
Kostenlos starten →