EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

Rekonstruksi Konsonan Dialek Melayu Patani Narathiwat Purba

Deela Sinur, Shahidi A.H., Muhammad Norsyafiq Zaidi, Norfazila Ab. Hamid, Nurul Shuhada Shafie

Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities · 30.10.2026 · 34 (5)

DOI: 10.47836/pjssh.34.5.22 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities, online erschienen am 30.10.2026. Verfasst von Deela Sinur und 4 weiteren Autor:innen.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Sehingga kini, masih belum terdapat kajian yang berusaha merekonstruksi bentuk purba dialek Melayu Patani. Sehubungan itu, kajian ini memfokuskan kepada rekonstruksi fonem konsonan dialek Melayu Patani Narathiwat Purba (DMPNP). Penelitian berbentuk kualitatif digarap untuk memenuhi keperluan objektif tersebut melibatkan enam (6) buah lokaliti di wilayah Narathiwat. Lokaliti yang diberikan tumpuan antaranya adalah seperti Kresor, Buketa, Puyok, Munok, Benae Luwas dan Aikubu. Pendekatan kualitatif yang diaplikasikan dalam kajian ini antaranya; kaedah kepustakaan dan kaedah lapangan. Maklumat dipilih berdasarkan kriteria NORM/F, yang termasuk individu berusia dan menetap di kawasan luar bandar. Proses pencuplikan data melibatkan teknik temu bual, pengajuan gambar, senarai daftar kata dan rakaman yang akan ditransliterasikan kepada simbol bunyi. Teori Rekonstruksi yang diaplikasikan dalam kajian ini untuk penganalisisan data telah berjaya mengekstrak 18 fonem konsonan iaitu enam fonem konsonan letupan (*p, *t, *k, *b, *d dan *ɡ); empat fonem konsonan sengauan (*m, *n, *ɲ dan *ŋ); tiga fonem konsonan geseran (*s, *h dan *ɣ); dua fonem konsonan letusan (*ʧ dan *ʤ); satu fonem konsonan sisian (*l) dan dua fonem konsonan separuh vokal (*w dan *j). Tiga perkara diberikan penekanan dalam bahagian perbincangan antaranya ialah penyerlahan ciri inovasi dan retensi DMPNP dengan bentuk Malayik Purba (MP) dan transisi ciri fonologi keluarga bahasa Tai-Kadai dalam varian DMPNP. Kajian lanjutan terhadap sistem vokal dan diftong DMPNP disarankan bagi memperincikan hubungan kekerabatan antara MP dan DMPNP, serta menyusun klasifikasi varian yang lebih sistematik. Setelah semua fonem direkonstruksi, analisis dapat diperluas ke tahap leksikal. Ini termasuk usaha untuk membina kamus leksikal purba untuk dialek ini.

Zitieren

APA

Sinur, D., A.H., S., Zaidi, M. N., Hamid, N. A., & Shafie, N. S. (2026). Rekonstruksi Konsonan Dialek Melayu Patani Narathiwat Purba. Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities, 34(5). https://doi.org/10.47836/pjssh.34.5.22

Vancouver

Sinur D, A.H. S, Zaidi MN, Hamid NA, Shafie NS. Rekonstruksi Konsonan Dialek Melayu Patani Narathiwat Purba. Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities. 2026;34(5). doi:10.47836/pjssh.34.5.22

BibTeX
@article{Sinur2026,
  author = {Sinur, Deela and A.H., Shahidi and Zaidi, Muhammad Norsyafiq and Hamid, Norfazila Ab. and Shafie, Nurul Shuhada},
  title = {Rekonstruksi Konsonan Dialek Melayu Patani Narathiwat Purba},
  journal = {Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities},
  year = {2026},
  volume = {34},
  number = {5},
  doi = {10.47836/pjssh.34.5.22}
}
Kostenlos starten →