Emosi Marah dalam Novel Hari-hari Terakhir di Jesselton
Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities · 30.10.2026 · 34 (5)
DOI: 10.47836/pjssh.34.5.17 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities, online erschienen am 30.10.2026. Verfasst von Normaizura Md Zain und 4 weiteren Autor:innen.
Abstract (Originalsprache)
Kajian emosi dalam teks naratif banyak memberikan tumpuan kepada pengelasan emosi, pengalaman psikologi watak dan bentuk bahasa. Namun begitu, hubungan antara rangsangan situasi, penilaian kognitif dan strategi bahasa dalam pemaknaan emosi masih belum dijelaskan secara menyeluruh. Kajian ini bertujuan menganalisis pemaknaan emosi marah dalam dialog novel Hari-hari Terakhir di Jesselton berdasarkan kerangka Hude (2006). Kajian ini turut merumuskan hubungannya dengan pemikiran dan nilai sosial yang digambarkan dalam teks. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah analisis kandungan. Sebanyak 91 dialog yang memenuhi kriteria emosi marah dikenal pasti daripada keseluruhan novel dan dianalisis berdasarkan rangsangan situasi, penilaian kognitif, penggunaan bahasa, bentuk ekspresi dan konteks interaksi. Data diurus menggunakan NVivo, manakala pentafsiran dilakukan berdasarkan kerangka Hude (2006). Dapatan menghasilkan tiga tema, iaitu ancaman terhadap kuasa dan maruah sebanyak 41 dialog (45%), keinginan yang tidak tercapai sebanyak 26 dialog (29%) dan penilaian terhadap kebatilan sebanyak 24 dialog (26%). Analisis menunjukkan bahawa strategi bahasa marah berubah mengikut penilaian watak terhadap rangsangan. Ancaman terhadap kuasa dan maruah mendorong penegasan kedudukan atau usaha mempertahankan harga diri. Kegagalan mencapai matlamat pula mendorong kecaman, desakan atau pertahanan diri. Sementara itu, penilaian terhadap kebatilan mendorong penolakan, kritikan dan tuntutan keadilan. Kajian ini memperluas penggunaan kerangka Hude (2006) dengan menunjukkan bahawa pemaknaan emosi marah terbentuk melalui hubungan antara rangsangan situasi, penilaian kognitif, strategi bahasa dan fungsi ujaran dalam konteks interaksi.
Zitieren
APA
Zain, N. M., Sha’ri, S. N., Husain, S., Omar, S. K., & Suhaimi, M. S. (2026). Emosi Marah dalam Novel Hari-hari Terakhir di Jesselton. Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities, 34(5). https://doi.org/10.47836/pjssh.34.5.17
Vancouver
Zain NM, Sha’ri SN, Husain S, Omar SK, Suhaimi MS. Emosi Marah dalam Novel Hari-hari Terakhir di Jesselton. Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities. 2026;34(5). doi:10.47836/pjssh.34.5.17
BibTeX
@article{Zain2026,
author = {Zain, Normaizura Md and Sha’ri, Sharil Nizam and Husain, Salina and Omar, Shazan Khan and Suhaimi, Mohamad Suhaizi},
title = {Emosi Marah dalam Novel Hari-hari Terakhir di Jesselton},
journal = {Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities},
year = {2026},
volume = {34},
number = {5},
doi = {10.47836/pjssh.34.5.17}
}
EUVIMED