EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

Artikel Ulasan - Tinjauan Literatur Sistematik Terhadap Aplikasi Realiti Maya (VR) Dalam Pedagogi Pendidikan Murid Bermasalah Pendengaran

Ameer Fuhaili Mohamad Hashim, Ahmad Zulfadli Mohamad Hashim

Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities · 30.10.2026 · 34 (5)

DOI: 10.47836/pjssh.34.5.09 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities, online erschienen am 30.10.2026. Verfasst von Ameer Fuhaili Mohamad Hashim und 1 weiteren Autor:innen.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Kajian ini merupakan satu tinjauan literatur sistematik yang bertujuan menganalisis penggunaan Realiti Maya (Virtual Reality, VR) dalam pedagogi pendidikan murid bermasalah pendengaran, dengan memberi tumpuan kepada trend kajian, tema utama serta jurang dalam literatur bagi tempoh 2000 hingga Mei 2026. Pencarian literatur dilaksanakan secara sistematik melalui pangkalan data akademik utama, manakala pemilihan kajian dilakukan berdasarkan kriteria inklusi dan eksklusi yang ditetapkan serta berpandukan garis panduan PRISMA 2020. Sebanyak 45 kajian yang memenuhi kriteria kelayakan telah dikenal pasti dan dianalisis menggunakan pendekatan deskriptif serta tematik, dengan dapatan menunjukkan bahawa kajian berkaitan penggunaan VR dalam pendidikan murid bermasalah pendengaran semakin berkembang pesat, khususnya selepas tahun 2020. Analisis tematik mengenal pasti enam tema utama, iaitu keterangkuman VR/AR, bahasa isyarat dan kecerdasan buatan (AI), pembelajaran bahasa dan kognitif, gamifikasi, interaksi multimodal serta penerimaan teknologi. Walau bagaimanapun, beberapa jurang turut dikenal pasti, termasuk dominasi kajian berskala kecil, kekurangan kajian longitudinal, integrasi VR yang terhad dalam persekitaran bilik darjah sebenar, konteks kajian yang sempit serta kurangnya perhatian terhadap perkembangan sosial dan emosi murid. Kesimpulannya, tinjauan ini menegaskan potensi besar VR dalam menyokong pembelajaran inklusif dan inovatif bagi murid bermasalah pendengaran, namun jurang metodologi yang dikenal pasti menunjukkan keperluan untuk kajian berskala lebih besar, longitudinal dan berasaskan bilik darjah sebenar. Justeru, kajian masa depan perlu memberi penekanan kepada keberkesanan jangka panjang serta integrasi holistik VR dalam konteks pengajaran sebenar, bagi memastikan perkembangan kognitif dan sosioemosi murid dapat disokong secara menyeluruh.

Zitieren

APA

Hashim, A. F. M., & Hashim, A. Z. M. (2026). Artikel Ulasan - Tinjauan Literatur Sistematik Terhadap Aplikasi Realiti Maya (VR) Dalam Pedagogi Pendidikan Murid Bermasalah Pendengaran. Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities, 34(5). https://doi.org/10.47836/pjssh.34.5.09

Vancouver

Hashim AFM, Hashim AZM. Artikel Ulasan - Tinjauan Literatur Sistematik Terhadap Aplikasi Realiti Maya (VR) Dalam Pedagogi Pendidikan Murid Bermasalah Pendengaran. Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities. 2026;34(5). doi:10.47836/pjssh.34.5.09

BibTeX
@article{Hashim2026,
  author = {Hashim, Ameer Fuhaili Mohamad and Hashim, Ahmad Zulfadli Mohamad},
  title = {Artikel Ulasan - Tinjauan Literatur Sistematik Terhadap Aplikasi Realiti Maya (VR) Dalam Pedagogi Pendidikan Murid Bermasalah Pendengaran},
  journal = {Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities},
  year = {2026},
  volume = {34},
  number = {5},
  doi = {10.47836/pjssh.34.5.09}
}
Kostenlos starten →