EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

Impak Keterbatasan Komunikasi Terhadap Keberkesanan Produktiviti Pekerja Asing: Tinjauan Literatur Sistematik

Adreena Natasya Ahmad Daud

Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities · 30.10.2026 · 34 (5)

DOI: 10.47836/pjssh.34.5.08 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities, online erschienen am 30.10.2026. Verfasst von Adreena Natasya Ahmad Daud.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Produktiviti pekerja asing merupakan indikator utama yang menentukan kecekapan sesebuah organisasi dalam mencapai sasaran pengeluaran yang ditetapkan. Meskipun tenaga kerja asing memberikan sumbangan besar kepada output negara, namun isu berkaitan jurang komunikasi dan adaptasi budaya sering kali menjadi cabaran utama dalam mengekalkan kualiti kerja mereka. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji secara sistematik kaedah penyelidikan terhadap pemboleh ubah-pemboleh ubah yang mempengaruhi produktiviti pekerja asing di sesebuah organisasi. Tinjaun literatur mengaplikasikan Preferred Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses (PRISMA) 2020. Empat tahap PRISMA, iaitu pengenalpastian, saringan, kelayakan dan rangkuman digunakan untuk membuat penilaian kepada tinjauan literatur secara sistematik. Tempoh kajian yang layak disemak adalah diterbitkan dalam tempoh 5 tahun, dari 2020 hingga 2025 dan semakan telah dilakukan melalui dua pangkalan data terkemuka, iaitu Scopus dan Google Scholar. Daripada 1185 buah artikel yang dikenalpasti, hanya 17 buah artikel dipilih kerana memenuhi kriteria yang ditetapkan. Tinjauan terhadap artikel terpilih mendapati bahawa produktiviti di sesebuah organisasi dipengaruhi oleh tiga tema utama, iaitu halangan bahasa dan keterbatasan komunikasi, keselamatan dan kesihatan pekerja asing, dan persekitaran kerja yang tidak kondusif. Kesemua artikel membincangkan halangan bahasa dan keterbatasan komunikasi sebagai punca utama yang memberi kesan kepada produktiviti pekerja asing. Oleh itu, tinjauan literatur ini menegaskan bahawa produktiviti yang mampan tidak dapat dicapai tanpa sistem komunikasi yang berkesan. Kajian ini menyimpulkan bahawa terdapat perkaitan signifikan antara ketiga-tiga tema utama, di mana kegagalan menanganinya boleh merencatkan potensi produktiviti sebenar pekerja.

Zitieren

APA

Daud, A. N. A. (2026). Impak Keterbatasan Komunikasi Terhadap Keberkesanan Produktiviti Pekerja Asing: Tinjauan Literatur Sistematik. Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities, 34(5). https://doi.org/10.47836/pjssh.34.5.08

Vancouver

Daud ANA. Impak Keterbatasan Komunikasi Terhadap Keberkesanan Produktiviti Pekerja Asing: Tinjauan Literatur Sistematik. Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities. 2026;34(5). doi:10.47836/pjssh.34.5.08

BibTeX
@article{Daud2026,
  author = {Daud, Adreena Natasya Ahmad},
  title = {Impak Keterbatasan Komunikasi Terhadap Keberkesanan Produktiviti Pekerja Asing: Tinjauan Literatur Sistematik},
  journal = {Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities},
  year = {2026},
  volume = {34},
  number = {5},
  doi = {10.47836/pjssh.34.5.08}
}
Kostenlos starten →