Analisis Rasuah Dalam Perolehan di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia: Pendekatan Kajian Pelbagai Kes Menggunakan Teori Fraud Diamond
Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities · 12.06.2026 · 34 (3)
DOI: 10.47836/pjssh.34.3.02 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities, online erschienen am 12.06.2026. Verfasst von Nor Azreen Zulkafli und 1 weiteren Autor:innen.
Abstract (Originalsprache)
Kajian ini meneliti faktor-faktor berlakunya rasuah dalam perolehan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia dengan menggunakan Teori Fraud Diamond (FDT) sebagai kerangka konseptual. Objektif kajian ini adalah untuk memahami bagaimana elemen dalam FDT (tekanan, peluang, rasionalisasi dan keupayaan) saling berinteraksi dalam mendorong perlakuan rasuah dalam konteks perolehan sektor pendidikan tinggi awam. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes, melibatkan empat dokumen siasatan sebenar yang diperoleh daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Proses analisis data melibatkan pengekodan terbuka, pembinaan buku kod, dan pemetaan tema berasaskan empat elemen FDT. Dapatan menunjukkan bahawa elemen peluang dan keupayaan merupakan faktor paling dominan, terutamanya disebabkan kelemahan kawalan dalam, ketiadaan pemantauan, kemahiran teknikal dan akses kepada maklumat perolehan. Sementara itu, elemen tekanan dan rasionalisasi muncul secara berbeza mengikut konteks individu. Kajian ini mengemukakan cadangan intervensi berasaskan FDT seperti pengasingan tugas, audit dalaman berkala, latihan nilai integriti dan pemantauan gaya hidup. Sumbangan utama kajian ialah penerapan empirikal FDT dalam konteks IPTA yang masih kurang diterokai. Kajian ini juga mencadangkan integrasinya dengan teori lain bagi memahami dimensi struktur dan budaya organisasi yang turut mempengaruhi tingkah laku rasuah. Namun, keterbatasan melibatkan skop IPTA dan penggunaan data sekunder harus diatasi dalam penyelidikan masa hadapan melalui pendekatan campuran dan peluasan konteks institusi.
Zitieren
APA
Zulkafli, N. A., & Farouk, A. F. A. (2026). Analisis Rasuah Dalam Perolehan di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia: Pendekatan Kajian Pelbagai Kes Menggunakan Teori Fraud Diamond. Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities, 34(3). https://doi.org/10.47836/pjssh.34.3.02
Vancouver
Zulkafli NA, Farouk AFA. Analisis Rasuah Dalam Perolehan di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia: Pendekatan Kajian Pelbagai Kes Menggunakan Teori Fraud Diamond. Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities. 2026;34(3). doi:10.47836/pjssh.34.3.02
BibTeX
@article{Zulkafli2026,
author = {Zulkafli, Nor Azreen and Farouk, Azeem Fazwan Ahmad},
title = {Analisis Rasuah Dalam Perolehan di Institusi Pengajian Tinggi Awam Malaysia: Pendekatan Kajian Pelbagai Kes Menggunakan Teori Fraud Diamond},
journal = {Pertanika Journal of Social Sciences and Humanities},
year = {2026},
volume = {34},
number = {3},
doi = {10.47836/pjssh.34.3.02}
}
EUVIMED