EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

Perbezaan Antropometri Dan Tahap Kecergasan Fizikal Dalam Kalangan Atlet Hoki Lelaki Sekolah Sukan Bukit Jalil Berdasarkan Posisi

Muhammad Najmi Irfan Zulzilah, Borhannudin Abdullah

Pertanika Journal of Physical Education and Sports · 30.04.2026 · 1 (2) · 95

DOI: 10.47836/pjpes.2.1.10 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Pertanika Journal of Physical Education and Sports, online erschienen am 30.04.2026. Verfasst von Muhammad Najmi Irfan Zulzilah und 1 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 11 Literaturangaben.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti perbezaan antropometri dan tahap kecergasan fizikal berdasarkan posisi permainan, iaitu penyerang dan pertahanan, dalam kalangan pemain hoki lelaki di Sekolah Sukan. Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kajian keratan rentas. Sampel kajian melibatkan 36 orang pemain hoki lelaki Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) yang dipilih menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Pemboleh ubah bebas ialah posisi pemain, manakala pemboleh ubah bersandar merangkumi ukuran antropometri dan tahap kecergasan fizikal. Subjek kajian menjalani pengukuran tinggi dan berat badan serta beberapa ujian kecergasan fizikal, iaitu ujian push-up 1 minit, kekuatan genggaman tangan (handgrip), pecut 30 meter, jangkauan melunjur (sit and reach), dan beep test. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) melalui analisis deskriptif (min dan sisihan piawai) serta analisis inferensi menggunakan Multivariate Analysis of Variance (MANOVA) bagi mengenal pasti perbezaan signifikan antara kumpulan penyerang dan pertahanan. Dapatan kajian menunjukkan pemain pertahanan mencatatkan min berat badan yang lebih tinggi (Min = 65.6 kg, SP = 8.9) berbanding penyerang (Min = 61.6 kg, SP = 8.5). Dari segi ketinggian, pemain pertahanan juga lebih tinggi secara purata (Min = 170.9 cm, SP = 7.2) berbanding penyerang (Min = 169.6 cm, SP = 7.5). Skor jangkauan melunjur turut menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam kalangan pemain pertahanan (Min = 38.9 cm, SP = 7.6) berbanding penyerang (Min = 35.6 cm, SP = 7.4). Bagi ujian beep test, pemain penyerang mencatatkan tahap kecergasan kardiorespiratori yang lebih tinggi (Min = 11.8, SP = 1.1) berbanding pemain pertahanan (Min = 10.8, SP = 1.2). Dalam aspek kekuatan genggaman tangan, pemain pertahanan menunjukkan nilai min yang lebih tinggi bagi tangan kanan (Min = 45.1 kg, SP = 8.0) dan tangan kiri (Min = 45.3 kg, SP = 7.9) berbanding penyerang (tangan kanan: Min = 42.5 kg, SP = 5.1; tangan kiri: Min = 42.0 kg, SP = 5.6). Ujian push-up juga menunjukkan pemain pertahanan memperoleh min yang lebih tinggi (Min = 47.1, SP = 11.5) berbanding penyerang (Min = 43.1, SP = 9.5). Namun, dalam ujian pecut 30 meter, pemain penyerang mencatatkan masa yang lebih pantas (Min = 3.72 saat, SP = 0.18) berbanding pemain pertahanan (Min = 3.87 saat, SP = 0.46). Keputusan analisis MANOVA bagi profil antropometri menunjukkan nilai Pillai’s Trace = 0.412, F(5,34) = 3.21, p = 0.015, manakala bagi profil kecergasan fizikal nilai Pillai’s Trace = 0.523, F(5,34) = 4.12, p = 0.004. Kedua-dua keputusan adalah signifikan pada aras p < 0.05. Kesimpulannya, pemain penyerang menunjukkan kelebihan dari aspek kelajuan dan daya tahan kardiovaskular, manakala pemain pertahanan lebih dominan dalam kekuatan otot dan kestabilan fizikal. Dapatan ini dapat membantu jurulatih merancang program latihan yang lebih spesifik, sistematik, dan berkesan mengikut keperluan posisi permainan dalam sukan hoki sekolah.

Zitieren

APA

Zulzilah, M. N. I., & Abdullah, B. (2026). Perbezaan Antropometri Dan Tahap Kecergasan Fizikal Dalam Kalangan Atlet Hoki Lelaki Sekolah Sukan Bukit Jalil Berdasarkan Posisi. Pertanika Journal of Physical Education and Sports, 1(2), 95. https://doi.org/10.47836/pjpes.2.1.10

Vancouver

Zulzilah MNI, Abdullah B. Perbezaan Antropometri Dan Tahap Kecergasan Fizikal Dalam Kalangan Atlet Hoki Lelaki Sekolah Sukan Bukit Jalil Berdasarkan Posisi. Pertanika Journal of Physical Education and Sports. 2026;1(2):95. doi:10.47836/pjpes.2.1.10

BibTeX
@article{Zulzilah2026,
  author = {Zulzilah, Muhammad Najmi Irfan and Abdullah, Borhannudin},
  title = {Perbezaan Antropometri Dan Tahap Kecergasan Fizikal Dalam Kalangan Atlet Hoki Lelaki Sekolah Sukan Bukit Jalil Berdasarkan Posisi},
  journal = {Pertanika Journal of Physical Education and Sports},
  year = {2026},
  volume = {1},
  number = {2},
  pages = {95},
  doi = {10.47836/pjpes.2.1.10}
}
Kostenlos starten →