EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

Pendekatan Psikospiritual sebagai Intervensi Rawatan Kemurungan: Satu Kajian Literatur Sistematik

Engku Mardiah Engku Kamarudin, Nor Salis Samingan, Yusni Mohamad Yusof

Pertanika Journal of Counsellor Educator and Counselling Psychology · 30.04.2026 · 2 (1) · 86

DOI: 10.47836/pjocecp.2.1.08 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Pertanika Journal of Counsellor Educator and Counselling Psychology, online erschienen am 30.04.2026. Verfasst von Engku Mardiah Engku Kamarudin und 2 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 50 Literaturangaben.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Pendekatan spiritual dalam rawatan kemurungan semakin mendapat perhatian dalam penyelidikan dan amalan kesihatan mental. Walaubagaimanapun, wujud persoalan utama iaitu sejauh mana kejelasan konsep pelaksanaan intervesni spiritual serta keberkesanan pendekatan ini dalam rawatan kemurungan dapat dibuktikan secara konsisten. Oleh itu, terdapat 2 objektif kajian yang dikemukakan iaitu: i) mengenal pasti kajian empirikal yang mengaplikasikan pendekatan psikospiritual dalam intervensi rawatan kemurungan; dan ii) menilai kesan modul psikospiritual yang digunakan dalam rawatan kemurungan. Seterusnya, 2 persoalan kajian dibentuk iaitu i) apakah jenis pendekatan intervensi psikospiritual yang digunakan dalam kajian empirikal berkaitan rawatan kemurungan?: dan ii) apakah kesan modul psikospiritual dalam rawatan kemurungan?. Kajian ini menggunakan pendekatan literatur sistematik dengan pencarian artikel melalui pangkalan data EBSCO, Scopus dan Google Shcolar dalam tempoh 2021 hingga 2025. Artikel yang memenuhi kriteria inklusi dan eksklusi di analisis menggunakan sintesis naratif, dengan 9 kajian akhir di pilih berdasarkan garis panduan PRISMA. Dapatan utama menunjukkan bahawa intervensi psikospiritual berkesan dalam mengurangkan kemurungan serta meningkatkan kesejahteraan mental merentasi pelbagai populasi dan konteks intervensi. Kajian ini juga menyumbang kepada pemetaan jenis-jenis intervensi psikospiritual seperti logoterapi, mindfulness spiritual dan intervensi berasaskan teknologi. Implikasi kajian menunjukkan kekaburan dalam definisi dan konstruk psikospiritual. Sehubungan dengan itu, kajian pada masa hadapan perlu memberi penekanan kepada konsep psikospiritual berasaskan kerangka teori yang jelas bagi memastikan kesahan dan konsistensi dapatan.

Zitieren

APA

Kamarudin, E. M. E., Samingan, N. S., & Yusof, Y. M. (2026). Pendekatan Psikospiritual sebagai Intervensi Rawatan Kemurungan: Satu Kajian Literatur Sistematik. Pertanika Journal of Counsellor Educator and Counselling Psychology, 2(1), 86. https://doi.org/10.47836/pjocecp.2.1.08

Vancouver

Kamarudin EME, Samingan NS, Yusof YM. Pendekatan Psikospiritual sebagai Intervensi Rawatan Kemurungan: Satu Kajian Literatur Sistematik. Pertanika Journal of Counsellor Educator and Counselling Psychology. 2026;2(1):86. doi:10.47836/pjocecp.2.1.08

BibTeX
@article{Kamarudin2026,
  author = {Kamarudin, Engku Mardiah Engku and Samingan, Nor Salis and Yusof, Yusni Mohamad},
  title = {Pendekatan Psikospiritual sebagai Intervensi Rawatan Kemurungan: Satu Kajian Literatur Sistematik},
  journal = {Pertanika Journal of Counsellor Educator and Counselling Psychology},
  year = {2026},
  volume = {2},
  number = {1},
  pages = {86},
  doi = {10.47836/pjocecp.2.1.08}
}
Kostenlos starten →