EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

Tingkah Laku Parafilia sebagai Transgresi Moral: Tinjauan Kepustakaan Kes di Malaysia dan Solusi Nabawi

Mohd Zahir Abdul Rahman, Muhammad Zulkifli Nor Azib, Muhammad Akmalludin Mohd Hamdan

Pertanika Journal of Counsellor Educator and Counselling Psychology · 29.10.2025 · 1 (1) · 18

DOI: 10.47836/pjocecp.1.1.02 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Pertanika Journal of Counsellor Educator and Counselling Psychology, online erschienen am 29.10.2025. Verfasst von Mohd Zahir Abdul Rahman und 2 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 46 Literaturangaben.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Tingkah laku parafilia merujuk kepada kecenderungan seksual yang menyimpang daripada norma sosial dan prinsip agama, seperti fetishisme, voyeurisme dan exhibitionisme. Fenomena ini kian membimbangkan di Malaysia kerana bukan sahaja mencabar nilai moral masyarakat, malah turut memberi implikasi negatif terhadap kesihatan mental, keselamatan awam dan kesejahteraan institusi keluarga serta sosial. Sehubungan itu, kajian bertujuan untuk mengenal pasti bentuk serta ciri-ciri tingkah laku parafilia, menganalisis kes-kes terpilih di Malaysia berdasarkan data media digital dan laporan awam, serta meneliti hadis-hadis Nabi Muhammad ﷺ yang mengandungi prinsip pencegahan dan rawatan terhadap tingkah laku parafilia ini. Adapun, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumen, yang melibatkan pengumpulan hadis-hadis berkaitan serta ulasan kepustakaan kes terhadap beberapa kes nyata parafilia yang telah dilaporkan di Malaysia. Dapatan kajian mengenal pasti enam bentuk utama solusi Nabawi terhadap parafilia, iaitu: penyucian jiwa (tazkiyah al-nafs), pengurusan nafsu seksual, pembinaan akhlak dan sifat malu, pengaruh rakan sebaya dan persekitaran positif, penggunaan pendekatan hikmah dan dialog, serta penekanan terhadap taubat dan harapan. Kesimpulannya, pendekatan Sunnah menawarkan satu rangka kerja spiritual dan moral yang dapat melengkapi intervensi sedia ada dalam menangani isu parafilia secara lebih menyeluruh. Dari sudut amalan kaunseling, dapatan ini menyarankan integrasi komponen spiritual dalam saringan dan formulasi kes; pelaksanaan intervensi berpaksikan nilai (psikoedukasi, latihan pengawalan impuls, pengukuhan sifat malu) yang selari dengan prinsip syariah; penglibatan sistem sokongan keluarga dan komuniti; kolaborasi rujukan silang dengan pakar psikiatri serta autoriti agama; dan pembangunan modul latihan kaunselor yang peka budaya dan beretika.

Zitieren

APA

Rahman, M. Z. A., Azib, M. Z. N., & Hamdan, M. A. M. (2025). Tingkah Laku Parafilia sebagai Transgresi Moral: Tinjauan Kepustakaan Kes di Malaysia dan Solusi Nabawi. Pertanika Journal of Counsellor Educator and Counselling Psychology, 1(1), 18. https://doi.org/10.47836/pjocecp.1.1.02

Vancouver

Rahman MZA, Azib MZN, Hamdan MAM. Tingkah Laku Parafilia sebagai Transgresi Moral: Tinjauan Kepustakaan Kes di Malaysia dan Solusi Nabawi. Pertanika Journal of Counsellor Educator and Counselling Psychology. 2025;1(1):18. doi:10.47836/pjocecp.1.1.02

BibTeX
@article{Rahman2025,
  author = {Rahman, Mohd Zahir Abdul and Azib, Muhammad Zulkifli Nor and Hamdan, Muhammad Akmalludin Mohd},
  title = {Tingkah Laku Parafilia sebagai Transgresi Moral: Tinjauan Kepustakaan Kes di Malaysia dan Solusi Nabawi},
  journal = {Pertanika Journal of Counsellor Educator and Counselling Psychology},
  year = {2025},
  volume = {1},
  number = {1},
  pages = {18},
  doi = {10.47836/pjocecp.1.1.02}
}
Kostenlos starten →