Persepsi Pelajar Program Bahasa Asing terhadap Bahasa Melayu
The Pertanika Journal of Language and Humanities Education · 29.10.2025 · 1 (1) · 97
DOI: 10.47836/pjlhe.1.1.09 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift The Pertanika Journal of Language and Humanities Education, online erschienen am 29.10.2025. Verfasst von Nur Ain Maisarah Mohd Affandy und 2 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 41 Literaturangaben.
Abstract (Originalsprache)
Sesetengah rakyat Malaysia lebih memilih bahasa asing untuk digunakan dalam kehidupan seharian berbanding bahasa Melayu. Sikap tersebut boleh menggugat persepsi terhadap bahasa Melayu itu sendiri sekiranya terlalu menguasai dan mempraktiskan bahasa asing tersebut dalam kehidupan seharian misalnya oleh individu yang sedang mendalami bahasa asing. Justeru, kajian ini dijalankan bagi menganalisis persepsi pelajar program bahasa asing terhadap bahasa Melayu dengan menggunakan kaedah tinjauan. Satu set soal selidik yang mengandungi konstruk sikap, minat dan pandangan bagi mengukur persepsi terhadap bahasa Melayu telah diedarkan kepada responden yang sedang mengikuti program bahasa asing. Seramai 40 orang pelajar program bahasa asing yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia telah dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Hasil kajian mendapati bahawa sikap pelajar terhadap bahasa Melayu adalah positif (M=3.70; SP=0.45), minat pelajar terhadap bahasa Melayu adalah tinggi (M=3.88; SP=0.67) dan pandangan pelajar terhadap penggunaan bahasa Melayu dalam komunikasi harian juga adalah positif (M=4.32; SP=0.64). Oleh hal yang demikian, ini menunjukkan bahawa pelajar program bahasa asing masih mempunyai persepsi yang positif terhadap bahasa Melayu walaupun sedang mempelajari dan menguasai bahasa-bahasa asing.
Zitieren
APA
Affandy, N. A. M. M., Jusoh, Z., & Said, R. R. (2025). Persepsi Pelajar Program Bahasa Asing terhadap Bahasa Melayu. The Pertanika Journal of Language and Humanities Education, 1(1), 97. https://doi.org/10.47836/pjlhe.1.1.09
Vancouver
Affandy NAMM, Jusoh Z, Said RR. Persepsi Pelajar Program Bahasa Asing terhadap Bahasa Melayu. The Pertanika Journal of Language and Humanities Education. 2025;1(1):97. doi:10.47836/pjlhe.1.1.09
BibTeX
@article{Affandy2025,
author = {Affandy, Nur Ain Maisarah Mohd and Jusoh, Zuraini and Said, Rozita Radhiah},
title = {Persepsi Pelajar Program Bahasa Asing terhadap Bahasa Melayu},
journal = {The Pertanika Journal of Language and Humanities Education},
year = {2025},
volume = {1},
number = {1},
pages = {97},
doi = {10.47836/pjlhe.1.1.09}
}
EUVIMED