EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

Pendidikan Moral dan Agenda SDG: Satu Kajian Konseptual untuk Masa Depan Pendidikan

Sasi Raja, Maizura Yasin

The Pertanika Journal of Language and Humanities Education · 29.10.2025 · 1 (1) · 25

DOI: 10.47836/pjlhe.1.1.03 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift The Pertanika Journal of Language and Humanities Education, online erschienen am 29.10.2025. Verfasst von Sasi Raja und 1 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 29 Literaturangaben.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Pendidikan abad ke-21 tidak lagi hanya menekankan aspek akademik semata-mata, malah turut menuntut pembentukan nilai moral yang selari dengan keperluan pembangunan global. Agenda Pembangunan Lestari 2030 (SDG) yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menekankan peranan pendidikan dalam melahirkan individu beretika, berpengetahuan dan bertanggungjawab terhadap cabaran sejagat. Dalam kerangka ini, Pendidikan Moral dilihat sebagai wahana utama bagi mengintegrasikan nilai kemanusiaan dengan prinsip kelestarian. Kajian ini bertujuan untuk meneroka secara mendalam hubungan antara Pendidikan Moral dan SDG serta membangunkan satu kerangka konseptual yang menggabungkan kedua-dua elemen tersebut secara sistematik. Menggunakan pendekatan ulasan konseptual berasaskan analisis literatur terkini (2021– 2025), kajian ini menyusun sorotan kajian kepada tiga tema utama: peranan Pendidikan Moral dalam menyokong SDG, pendekatan pedagogi berkesan, dan cabaran pelaksanaan dalam konteks sekolah. Dapatan menunjukkan bahawa Pendidikan Moral berpotensi tinggi dalam menyemai kesedaran sivik, empati, dan tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar, terutama apabila disampaikan melalui pendekatan yang kontekstual dan reflektif. Namun, cabaran seperti kekangan masa, beban kurikulum dan kurang latihan guru masih membatasi pelaksanaannya secara berkesan. Kajian ini menyumbang kepada pengkayaan literatur dengan mencadangkan kerangka konseptual yang lebih integratif serta menekankan keperluan pengukuhan dasar, latihan profesional, dan penyelidikan lanjutan. Secara keseluruhan, kajian ini menegaskan bahawa Pendidikan Moral merupakan asas penting dalam membentuk warganegara global yang beretika dan menyumbang kepada masyarakat yang adil dan lestari.

Zitieren

APA

Raja, S., & Yasin, M. (2025). Pendidikan Moral dan Agenda SDG: Satu Kajian Konseptual untuk Masa Depan Pendidikan. The Pertanika Journal of Language and Humanities Education, 1(1), 25. https://doi.org/10.47836/pjlhe.1.1.03

Vancouver

Raja S, Yasin M. Pendidikan Moral dan Agenda SDG: Satu Kajian Konseptual untuk Masa Depan Pendidikan. The Pertanika Journal of Language and Humanities Education. 2025;1(1):25. doi:10.47836/pjlhe.1.1.03

BibTeX
@article{Raja2025,
  author = {Raja, Sasi and Yasin, Maizura},
  title = {Pendidikan Moral dan Agenda SDG: Satu Kajian Konseptual untuk Masa Depan Pendidikan},
  journal = {The Pertanika Journal of Language and Humanities Education},
  year = {2025},
  volume = {1},
  number = {1},
  pages = {25},
  doi = {10.47836/pjlhe.1.1.03}
}
Kostenlos starten →