Hubungan antara Pengetahuan Pengajaran, Kaedah Pembelajaran dan Pentaksiran Pembelajaran dengan Kompetensi Pelajar Kolej Vokasional
International Journal of Education and Training (InjET) · 2026
DOI: 10.47836/injet.12.2.02 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift International Journal of Education and Training (InjET), 2026. Verfasst von Nor Ain Abdul Rahman und 3 weiteren Autor:innen. Die Arbeit nennt 48 Literaturangaben.
Abstract (Originalsprache)
Pembangunan kompetensi pelajar di Kolej Vokasional (KV) merupakan agenda penting untuk merealisasikan aspirasi Dasar TVET Negara 2030 bagi melahirkan modal insan berkemahiran tinggi dan berdaya saing. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan pengajaran, kaedah pembelajaran, pentaksiran pembelajaran dan kompetensi pelajar di Kolej Vokasional Malaysia, serta menentukan hubungan antara pemboleh ubah bebas iaitu pengetahuan pengajaran, kaedah pembelajaran dan pentaksiran pembelajaran dengan kompetensi pelajar sebagai pemboleh ubah bersandar. Kajian menggunakan reka bentuk kuantitatif keratan rentas melibatkan 348 orang pelajar yang dipilih daripada populasi 5,069 pelajar melalui persampelan rawak berstrata berkadar. Data dikumpulkan menggunakan soal selidik dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif serta ujian khi kuasa dua. Dapatan menunjukkan bahawa pengetahuan pengajaran, kaedah pembelajaran, pentaksiran pembelajaran dan kompetensi pelajar berada pada tahap tinggi. Analisis ujian khi kuasa dua menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran mempunyai hubungan yang signifikan dengan kompetensi pelajar, χ2(1) = 108.99, p < .001, V = .56. Pentaksiran pembelajaran turut menunjukkan hubungan yang signifikan dengan kompetensi pelajar, χ2(1) = 142.14, p < .001, V = .64. Sebaliknya, pengetahuan pengajaran tidak menunjukkan hubungan yang signifikan dengan kompetensi pelajar, χ2(1) = 0.35, p = .555, V = .03. Kajian ini menegaskan bahawa pelaksanaan kaedah pembelajaran yang berkesan dan pentaksiran berkualiti merupakan faktor penting bagi meningkatkan kompetensi pelajar berbanding pengetahuan pengajaran semata-mata. Dapatan ini memberikan maklumat berguna kepada Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak pengurusan Kolej Vokasional dalam memperkukuh amalan pedagogi TVET serta sistem pentaksiran berasaskan kompetensi di Malaysia.
Zitieren
APA
Rahman, N. A. A., Ismail, N., Saipudin, N. A., & Musa, S. N. S. (2026). Hubungan antara Pengetahuan Pengajaran, Kaedah Pembelajaran dan Pentaksiran Pembelajaran dengan Kompetensi Pelajar Kolej Vokasional. International Journal of Education and Training (InjET). https://doi.org/10.47836/injet.12.2.02
Vancouver
Rahman NAA, Ismail N, Saipudin NA, Musa SNS. Hubungan antara Pengetahuan Pengajaran, Kaedah Pembelajaran dan Pentaksiran Pembelajaran dengan Kompetensi Pelajar Kolej Vokasional. International Journal of Education and Training (InjET). 2026. doi:10.47836/injet.12.2.02
BibTeX
@article{Rahman2026,
author = {Rahman, Nor Ain Abdul and Ismail, Normala and Saipudin, Nurul Ain and Musa, Siti Nur Syuhada},
title = {Hubungan antara Pengetahuan Pengajaran, Kaedah Pembelajaran dan Pentaksiran Pembelajaran dengan Kompetensi Pelajar Kolej Vokasional},
journal = {International Journal of Education and Training (InjET)},
year = {2026},
doi = {10.47836/injet.12.2.02}
}
EUVIMED