Pemerkasaan Bahasa Melayu dalam Kontrak Perbankan Islam di Malaysia
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) · 22.09.2026 · 11 (9) · e004217
DOI: 10.47405/mjssh.v11i9.4217 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), online erschienen am 22.09.2026. Verfasst von Ruzian Markom und 1 weiteren Autor:innen.
Abstract (Originalsprache)
Artikel ini menganalisis pemerkasaan Bahasa Melayu dalam dokumentasi kontrak perbankan Islam di Malaysia dengan memberi tumpuan kepada peranan standardisasi terminologi dalam meningkatkan kebolehfahaman kontrak, perlindungan pengguna dan kepastian undang-undang. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan perundangan doktrinal yang disokong oleh analisis kandungan dan kajian eksploratori melalui soal selidik terhadap 18 orang pakar dan pihak berkepentingan yang terdiri daripada ahli akademik, hakim dan pegawai kehakiman. Analisis memberi tumpuan kepada kerangka perundangan perbankan Islam, dokumentasi kontrak, penggunaan terminologi Syariah dan bahasa perundangan serta keperluan standardisasi Bahasa Melayu. Dapatan menunjukkan bahawa cabaran utama bukan semata-mata berkaitan penggunaan Bahasa Melayu, tetapi ketiadaan terminologi yang seragam, tepat dan mudah difahami dalam dokumentasi kontrak. Standardisasi dokumentasi sedia ada perlu dilengkapi dengan standardisasi terminologi bagi mengurangkan jurang makna antara institusi kewangan dengan pelanggan serta menyokong pembentukan persetujuan kontrak yang bermakna (meaningful assent). Berdasarkan dapatan tersebut, artikel ini mencadangkan satu kerangka perundangan berasaskan konsep legal infrastructure yang mengintegrasikan lima dimensi, iaitu normatif, institusi, operasional, terminologi dan hasil. Kerangka ini menempatkan standardisasi terminologi Bahasa Melayu sebagai sebahagian daripada infrastruktur perundangan yang menyokong kebolehfahaman kontrak, perlindungan pengguna dan kepastian undang-undang dalam perbankan Islam di Malaysia.
Zitieren
APA
Markom, R., & Arif, M. I. A. M. (2026). Pemerkasaan Bahasa Melayu dalam Kontrak Perbankan Islam di Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 11(9), e004217. https://doi.org/10.47405/mjssh.v11i9.4217
Vancouver
Markom R, Arif MIAM. Pemerkasaan Bahasa Melayu dalam Kontrak Perbankan Islam di Malaysia. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). 2026;11(9):e004217. doi:10.47405/mjssh.v11i9.4217
BibTeX
@article{Markom2026,
author = {Markom, Ruzian and Arif, Mohd Izzat Amsyar Mohd},
title = {Pemerkasaan Bahasa Melayu dalam Kontrak Perbankan Islam di Malaysia},
journal = {Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)},
year = {2026},
volume = {11},
number = {9},
pages = {e004217},
doi = {10.47405/mjssh.v11i9.4217}
}
EUVIMED