EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

Pola Penggunaan Bahasa pada Papan Tanda Nama Bangunan dan Premis di Banda Hilir, Melaka

Norhazlina Husin, Mohammad Fadzeli Jaafar, Sailal Arimi, Sukma Erni, Amirah Ahmad, Rozaimah Rashidin, Nurrissammimmayantie Ismail, Saliza Ismail, Nor Azita Che Din

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) · 07.09.2026 · 11 (9) · e004211

DOI: 10.47405/mjssh.v11i9.4211 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), online erschienen am 07.09.2026. Verfasst von Norhazlina Husin und 8 weiteren Autor:innen.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Kajian ini meneliti penggunaan bahasa pada papan tanda bangunan dan premis di sekitar Banda Hilir, Melaka. Tiga objektif kajian telah dibangunkan bagi membantu kajian ini iaitu (i) mengenal pasti kategori bangunan dan premis yang direpresentasikan melalui papan tanda, (ii) menganalisis pola penggunaan bahasa pada papan tanda nama bangunan dan premis, serta (iii) meneliti hubungan deskriptif antara kategori bangunan dan premis dengan bahasa digunakan. Data dikumpulkan melalui rakaman fotografi yang dibuat ketika kajian lapangan. Sebanyak 322 nama papan tanda direkodkan sebagai data boleh guna untuk kajian ini. Dapatan menunjukkan bahawa kategori peruncitan dan pusat beli-belah serta kategori makanan dan minuman membentuk 64.0% korpus. Dapatan juga menunjukkan bahawa papan tanda ekabahasa mendominasi dengan 229 nama (71.1%), diikuti dwibahasa sebanyak 88 nama (27.3%) dan multibahasa sebanyak lima nama (1.6%). Bahasa Melayu hadir dalam 194 nama (60.2%), bahasa Inggeris dalam 141 nama (43.8%) dan bahasa Cina dalam 56 nama (17.4%), termasuk dalam kombinasi bahasa. Tabulasi silang menunjukkan bahawa pola bahasa berbeza mengikut kategori. Penggunaan bahasa Melayu paling menonjol dalam kategori (i) kerajaan, pendidikan, (ii) warisan dan (iii) keagamaan, manakala penggunaan bahasa Inggeris lebih ketara dalam kategori (i) penginapan dan kategori (ii) sektor komersial. Kajian ini menunjukkan bahawa kategori bangunan dan premis perlu dipertimbangkan dalam pentafsiran landskap linguistik di sesuatu kawasan. Setiap kategori memperlihatkan kecenderungan penggunaan bahasa yang berbeza dan perbezaan tersebut mungkin tidak dapat dikenal pasti jika data dianalisis secara keseluruhan sahaja.

Zitieren

APA

Husin, N., Jaafar, M. F., Arimi, S., Erni, S., Ahmad, A., Rashidin, R., Ismail, N., Ismail, S., & Din, N. A. C. (2026). Pola Penggunaan Bahasa pada Papan Tanda Nama Bangunan dan Premis di Banda Hilir, Melaka. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 11(9), e004211. https://doi.org/10.47405/mjssh.v11i9.4211

Vancouver

Husin N, Jaafar MF, Arimi S, Erni S, Ahmad A, Rashidin R, et al. Pola Penggunaan Bahasa pada Papan Tanda Nama Bangunan dan Premis di Banda Hilir, Melaka. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). 2026;11(9):e004211. doi:10.47405/mjssh.v11i9.4211

BibTeX
@article{Husin2026,
  author = {Husin, Norhazlina and Jaafar, Mohammad Fadzeli and Arimi, Sailal and Erni, Sukma and Ahmad, Amirah and Rashidin, Rozaimah and Ismail, Nurrissammimmayantie and Ismail, Saliza and Din, Nor Azita Che},
  title = {Pola Penggunaan Bahasa pada Papan Tanda Nama Bangunan dan Premis di Banda Hilir, Melaka},
  journal = {Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)},
  year = {2026},
  volume = {11},
  number = {9},
  pages = {e004211},
  doi = {10.47405/mjssh.v11i9.4211}
}
Kostenlos starten →