EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

Pembangunan Kerangka Pelaksanaan Program Pendidikan Alternatif bagi Murid Tahfiz Sepenuh Masa

Naimah Muhammad, Mohd Nor Mamat, Fatin Nabilah Binti Abdul Wahid

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) · 08.09.2026 · 11 (9) · e004196

DOI: 10.47405/mjssh.v11i9.4196 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), online erschienen am 08.09.2026. Verfasst von Naimah Muhammad und 2 weiteren Autor:innen.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Murid tahfiz sepenuh masa yang mengikuti laluan pendidikan di luar sistem persekolahan arus perdana memerlukan akses kepada kelayakan akademik formal bagi memperluas peluang pendidikan dan hala tuju selepas tamat pengajian tahfiz. Program Trek Pantas SPM merupakan salah satu bentuk pendidikan alternatif yang menyediakan laluan kepada murid tahfiz untuk memperoleh kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam tempoh pembelajaran yang lebih singkat. Kajian ini bertujuan meneroka pelaksanaan Program Pendidikan Alternatif bagi murid tahfiz sepenuh masa berdasarkan pengalaman pelaksanaan Program Trek Pantas SPM di Malaysia. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif generik dengan melibatkan lima informan utama yang dipilih secara persampelan bertujuan berdasarkan pengalaman dan penglibatan mereka dalam pelaksanaan program. Data dikumpulkan melalui temu bual separa berstruktur dan dianalisis menggunakan Analisis Tematik Reflektif. Analisis menghasilkan lima domain utama, iaitu Keperluan Program, Reka Bentuk Program, Kapasiti Pelaksanaan, Tadbir Urus Kolaboratif dan Kelestarian Program. Dapatan menunjukkan bahawa pelaksanaan pendidikan alternatif bagi murid tahfiz bukan sekadar memerlukan penyediaan akses kepada kelayakan SPM, tetapi turut melibatkan penyesuaian reka bentuk pembelajaran, kapasiti tenaga pengajar dan sumber, penyelarasan pelbagai pemegang taruh serta mekanisme yang menyokong kesinambungan program. Kajian ini menunjukkan bahawa pelaksanaan Program Pendidikan Alternatif perlu dirancang secara responsif terhadap konteks dan keperluan murid tahfiz serta disokong oleh kapasiti institusi dan ekosistem pelaksanaan yang bersesuaian. Dapatan kajian dapat menjadi asas kepada usaha memperkukuh penyediaan laluan pendidikan alternatif yang lebih tersusun, inklusif dan berdaya tahan bagi murid tahfiz sepenuh masa.

Zitieren

APA

Muhammad, N., Mamat, M. N., & Wahid, F. N. B. A. (2026). Pembangunan Kerangka Pelaksanaan Program Pendidikan Alternatif bagi Murid Tahfiz Sepenuh Masa. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 11(9), e004196. https://doi.org/10.47405/mjssh.v11i9.4196

Vancouver

Muhammad N, Mamat MN, Wahid FNBA. Pembangunan Kerangka Pelaksanaan Program Pendidikan Alternatif bagi Murid Tahfiz Sepenuh Masa. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). 2026;11(9):e004196. doi:10.47405/mjssh.v11i9.4196

BibTeX
@article{Muhammad2026,
  author = {Muhammad, Naimah and Mamat, Mohd Nor and Wahid, Fatin Nabilah Binti Abdul},
  title = {Pembangunan Kerangka Pelaksanaan Program Pendidikan Alternatif bagi Murid Tahfiz Sepenuh Masa},
  journal = {Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)},
  year = {2026},
  volume = {11},
  number = {9},
  pages = {e004196},
  doi = {10.47405/mjssh.v11i9.4196}
}
Kostenlos starten →