Pendidikan Keibubapaan Muslim Era Digital: Reorientasi Model Atribut Al-Ghazali dalam Mendepani Cabaran Media Baharu
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) · 07.09.2026 · 11 (9) · e004180
DOI: 10.47405/mjssh.v11i9.4180 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), online erschienen am 07.09.2026. Verfasst von Nor Hamizah Ab Razak und 1 weiteren Autor:innen.
Abstract (Originalsprache)
Pengasuhan anak-anak di era media baharu memerlukan penyesuaian pendekatan keibubapaan secara tuntas berikutan pendedahan gajet dan internet yang sukar dipisahkan daripada kehidupan harian. Walaupun pendedahan teknologi secara interaktif mampu merangsang kognitif kanak-kanak, ia turut membawa implikasi negatif terhadap perkembangan psikologi, emosi, dan sahsiah jika tidak disaring. Dalam konteks masyarakat Muslim di Malaysia, wujud keperluan terhadap model keibubapaan berteraskan nilai Islam yang komprehensif bagi membimbing anak-anak mengendali faedah serta risiko teknologi digital. Kajian kualitatif menerusi kaedah analisis kandungan ini meneliti 18 artikel akademik pilihan dari pangkalan data Scopus dan Google Scholar (2019–2025). Hasil kajian mengesahkan bahawa pengintegrasian tiga domain utama Atribut Keibubapaan Al-Ghazali—iaitu hubungan dengan Allah, hubungan dengan anak-anak, dan hubungan dengan masyarakat merupakan kerangka spiritual serta praktikal yang kritikal dalam membina ketahanan kendiri anak-anak era digital. Kajian ini memberikan implikasi penting kepada ibu bapa Muslim, kaunselor, dan pendidik dalam memformulasi strategi asuhan berasaskan nilai tauhid dan integriti moral.
Zitieren
APA
Razak, N. H. A., & Rahman, N. A. (2026). Pendidikan Keibubapaan Muslim Era Digital: Reorientasi Model Atribut Al-Ghazali dalam Mendepani Cabaran Media Baharu. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 11(9), e004180. https://doi.org/10.47405/mjssh.v11i9.4180
Vancouver
Razak NHA, Rahman NA. Pendidikan Keibubapaan Muslim Era Digital: Reorientasi Model Atribut Al-Ghazali dalam Mendepani Cabaran Media Baharu. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). 2026;11(9):e004180. doi:10.47405/mjssh.v11i9.4180
BibTeX
@article{Razak2026,
author = {Razak, Nor Hamizah Ab and Rahman, Norhafisah Abd},
title = {Pendidikan Keibubapaan Muslim Era Digital: Reorientasi Model Atribut Al-Ghazali dalam Mendepani Cabaran Media Baharu},
journal = {Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)},
year = {2026},
volume = {11},
number = {9},
pages = {e004180},
doi = {10.47405/mjssh.v11i9.4180}
}
EUVIMED