Instrumen Pentaksiran Pelaporan Amali Fizik Berasaskan Rubrik Analitik, Senarai Semak dan Refleksi Kendiri: Analisis Kebolehgunaan, Kepraktisan dan Objektiviti Pentaksiran
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) · 31.08.2026 · 11 (8) · e004160
DOI: 10.47405/mjssh.v11i8.4160 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), online erschienen am 31.08.2026. Verfasst von Siti Nursaila Alias und 2 weiteren Autor:innen.
Abstract (Originalsprache)
Kajian ini bertujuan menganalisis kebolehgunaan, kepraktisan dan objektiviti pentaksiran bagi Instrumen Pentaksiran Pelaporan Amali Fizik (IPPAF) yang dibangunkan berasaskan rubrik analitik, senarai semak dan refleksi kendiri. Instrumen ini dibangunkan bagi meningkatkan ketelusan, konsistensi dan keberkesanan pentaksiran pelaporan amali fizik dalam kalangan guru pelatih. Kajian menggunakan reka bentuk tinjauan yang melibatkan 150 orang guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Fizik di sebuah universiti awam di Malaysia. Instrumen kajian mengandungi 15 item yang merangkumi tiga konstruk utama, iaitu kebolehgunaan, kepraktisan dan objektiviti pentaksiran menggunakan skala Likert lima mata. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan min dan sisihan piawai melalui SPSS versi 29. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebolehgunaan instrumen berada pada tahap tinggi (M = 4.46, SP = 0.55), diikuti kepraktisan instrumen (M = 4.39, SP = 0.55) dan objektiviti pentaksiran (M = 4.44, SP = 0.54). Dapatan ini menunjukkan bahawa gabungan rubrik analitik, senarai semak dan refleksi kendiri dapat memperjelas kriteria penilaian, memudahkan proses pentaksiran serta meningkatkan ketelusan dan konsistensi penskoran pelaporan amali fizik. Kajian ini memberi implikasi bahawa instrumen yang dibangunkan berpotensi dijadikan panduan pentaksiran yang lebih sistematik, autentik dan profesional dalam pendidikan guru fizik.
Zitieren
APA
Alias, S. N., Supian, F. L., & Agustiyanto, F. R. (2026). Instrumen Pentaksiran Pelaporan Amali Fizik Berasaskan Rubrik Analitik, Senarai Semak dan Refleksi Kendiri: Analisis Kebolehgunaan, Kepraktisan dan Objektiviti Pentaksiran. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 11(8), e004160. https://doi.org/10.47405/mjssh.v11i8.4160
Vancouver
Alias SN, Supian FL, Agustiyanto FR. Instrumen Pentaksiran Pelaporan Amali Fizik Berasaskan Rubrik Analitik, Senarai Semak dan Refleksi Kendiri: Analisis Kebolehgunaan, Kepraktisan dan Objektiviti Pentaksiran. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). 2026;11(8):e004160. doi:10.47405/mjssh.v11i8.4160
BibTeX
@article{Alias2026,
author = {Alias, Siti Nursaila and Supian, Faridah Lisa and Agustiyanto, Frans Rizal},
title = {Instrumen Pentaksiran Pelaporan Amali Fizik Berasaskan Rubrik Analitik, Senarai Semak dan Refleksi Kendiri: Analisis Kebolehgunaan, Kepraktisan dan Objektiviti Pentaksiran},
journal = {Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)},
year = {2026},
volume = {11},
number = {8},
pages = {e004160},
doi = {10.47405/mjssh.v11i8.4160}
}
EUVIMED