Mitos Jurang Geografi: Analisis Perbandingan Kompetensi Jawi Guru Pendidikan Islam Bandar dan Luar Bandar di Sabah
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) · 28.08.2026 · 11 (8) · e004052
DOI: 10.47405/mjssh.v11i8.4052 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), online erschienen am 28.08.2026. Verfasst von Junndiah @ Junaidah Binti Majit und 1 weiteren Autor:innen.
Abstract (Originalsprache)
Kajian ini bertujuan untuk menilai impak faktor lokasi sekolah, sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar, terhadap kompetensi Jawi dalam kalangan Guru Pendidikan Islam (GPI) di negeri Sabah. Kompetensi tersebut dinilai secara menyeluruh merangkumi empat dimensi utama, iaitu dimensi pengetahuan, kemahiran, amalan, dan literasi Jawi. Bagi mencapai objektif tersebut, kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif menerusi kaedah tinjauan. Kajian ini melibatkan sampel rawak seramai N = 343 orang guru di seluruh negeri Sabah, dengan pecahan seramai 75 orang guru berkhidmat di kawasan bandar dan 268 orang guru di kawasan luar bandar. Data yang diperoleh telah dianalisis secara inferensi menggunakan ujian ANOVA Satu Hala (One-Way ANOVA). Hasil analisis profil demografi mendapati majoriti besar responden berkhidmat di kawasan luar bandar, iaitu sebanyak 78.1%. Seterusnya, dapatan utama ujian ANOVA membuktikan bahawa tiada perbezaan yang signifikan bagi keempat-empat pemboleh ubah yang dikaji berdasarkan lokasi sekolah. Bukti statistik menunjukkan dimensi pengetahuan mencatatkan nilai (F = 0.401, p = 0.527), kemahiran (F = 0.022, p = 0.882), amalan (F = 0.186, p = 0.667), dan literasi (F = 1.115, p = 0.292). Dapatan ini secara langsung menolak stereotaip tradisi mengenai kewujudan jurang kualiti yang ketara antara pendidik di bandar dan luar bandar. Implikasi kajian ini membuktikan keberkesanan pelaksanaan strategi pembangunan guru di bawah 7 Teras Rangkaian Pelan Malaysia (RPM), khususnya dalam aspek penyetaraan kualiti bakat dan transformasi digital merentas lokaliti. Impak positif ini secara tidak langsung menyumbang kepada kelestarian khazanah tulisan Jawi dalam sistem pendidikan negara secara syumul dan seimbang.
Zitieren
APA
Majit, J. J. B., & Taat, M. S. B. (2026). Mitos Jurang Geografi: Analisis Perbandingan Kompetensi Jawi Guru Pendidikan Islam Bandar dan Luar Bandar di Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 11(8), e004052. https://doi.org/10.47405/mjssh.v11i8.4052
Vancouver
Majit JJB, Taat MSB. Mitos Jurang Geografi: Analisis Perbandingan Kompetensi Jawi Guru Pendidikan Islam Bandar dan Luar Bandar di Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). 2026;11(8):e004052. doi:10.47405/mjssh.v11i8.4052
BibTeX
@article{Majit2026,
author = {Majit, Junndiah @ Junaidah Binti and Taat, Muhammad Suhaimi Bin},
title = {Mitos Jurang Geografi: Analisis Perbandingan Kompetensi Jawi Guru Pendidikan Islam Bandar dan Luar Bandar di Sabah},
journal = {Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)},
year = {2026},
volume = {11},
number = {8},
pages = {e004052},
doi = {10.47405/mjssh.v11i8.4052}
}
EUVIMED