EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

The Dekonstruksi Bangsa dan Identiti Budaya dalam Novel Sejarah Cinta Natrah: Analisis Pascakolonial terhadap Sejarah dan Memori Kolektif

Husairi Hussin

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) · 23.04.2026 · 11 (4) · e003951

DOI: 10.47405/mjssh.v11i4.3951 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), online erschienen am 23.04.2026. Verfasst von Husairi Hussin.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Kajian ini menganalisis dekonstruksi bangsa dan pembinaan identiti budaya dalam novel sejarah Cinta Natrah karya Nazri Hussein menerusi kerangka teori pascakolonial. Objektif utama kajian adalah untuk menilai keupayaan teks sastera dalam mendekonstruksi pengaruh kolonialisme Barat terhadap sejarah sosial Tanah Melayu, khususnya berkaitan kedaulatan identiti Melayu-Islam. Dengan menerapkan kaedah analisis teks secara kualitatif, penelitian ini meneliti representasi watak Natrah (Maria Hertogh) bukan sekadar sebagai individu, malah sebagai simbol pertembungan antara kuasa imperialis dengan maruah budaya tempatan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pengarang memanfaatkan naratif fiksyen sejarah untuk mencabar hegemoni undang-undang dan wacana kolonial yang pernah mendominasi tafsiran sejarah peristiwa tersebut. Melalui pembinaan watak dan konflik sosial, novel ini memperlihatkan kewujudan “ruang ketiga” yang menggambarkan proses perundingan identiti bersifat hibrid dalam masyarakat pascakolonial. Selain itu, karya ini turut menonjolkan kebangkitan nasionalisme yang berakar daripada sentimen agama dan solidariti komuniti Melayu terhadap dominasi British. Kajian ini menyumbang kepada pengembangan kritikan sastera pascakolonial di Malaysia dengan menegaskan peranan sastera kreatif sebagai medium penting dalam merakam semula sejarah bangsa dari perspektif tempatan (pribumi) serta mencabar naratif orientalisme.

Zitieren

APA

Hussin, H. (2026). The Dekonstruksi Bangsa dan Identiti Budaya dalam Novel Sejarah Cinta Natrah: Analisis Pascakolonial terhadap Sejarah dan Memori Kolektif. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 11(4), e003951. https://doi.org/10.47405/mjssh.v11i4.3951

Vancouver

Hussin H. The Dekonstruksi Bangsa dan Identiti Budaya dalam Novel Sejarah Cinta Natrah: Analisis Pascakolonial terhadap Sejarah dan Memori Kolektif. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). 2026;11(4):e003951. doi:10.47405/mjssh.v11i4.3951

BibTeX
@article{Hussin2026,
  author = {Hussin, Husairi},
  title = {The Dekonstruksi Bangsa dan Identiti Budaya dalam Novel Sejarah Cinta Natrah: Analisis Pascakolonial terhadap Sejarah dan Memori Kolektif},
  journal = {Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)},
  year = {2026},
  volume = {11},
  number = {4},
  pages = {e003951},
  doi = {10.47405/mjssh.v11i4.3951}
}
Kostenlos starten →