Pendekatan Pembelajaran Aktif Menggunakan Quizizz terhadap Motivasi Murid SKM dalam Penguasaan Kosa Kata
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) · 23.04.2026 · 11 (4) · e003945
DOI: 10.47405/mjssh.v11i4.3945 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), online erschienen am 23.04.2026. Verfasst von Wee Sel Lee und 1 weiteren Autor:innen.
Abstract (Originalsprache)
Motivasi memainkan peranan penting dalam meningkatkan penguasaan bahasa, khususnya dalam pembelajaran kosa kata dalam kalangan murid sekolah rendah. Namun begitu, tahap motivasi yang rendah dalam kalangan murid di Sekolah Kurang Murid (SKM) boleh menjejaskan penglibatan aktif dalam pembelajaran serta pencapaian akademik. Kajian ini bertujuan untuk menguji kesan penggunaan aplikasi Quizizz sebagai strategi pembelajaran aktif berasaskan digital terhadap motivasi dan penguasaan kosa kata murid SKM. Kajian kuasi-eksperimen ini dijalankan di sebuah SKM luar bandar di daerah Kulim Bandar Baharu, Kedah dengan melibatkan enam orang murid. Data dikumpulkan menggunakan soal selidik motivasi yang diadaptasi daripada Children’s Academic Intrinsic Motivation Inventory (CAIMI) serta ujian pra dan pasca kosa kata. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan ujian-t sampel berpasangan. Dapatan kajian menunjukkan terdapat peningkatan dalam motivasi dan penguasaan kosa kata selepas intervensi penggunaan Quizizz. Peningkatan penguasaan kosa kata adalah signifikan secara statistik, manakala motivasi turut menunjukkan peningkatan selepas intervensi. Kajian ini mencadangkan bahawa penggunaan Quizizz berpotensi sebagai strategi pembelajaran aktif yang berkesan dalam meningkatkan motivasi dan penguasaan kosa kata murid SKM.
Zitieren
APA
Lee, W. S., & Kutty, F. M. (2026). Pendekatan Pembelajaran Aktif Menggunakan Quizizz terhadap Motivasi Murid SKM dalam Penguasaan Kosa Kata. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 11(4), e003945. https://doi.org/10.47405/mjssh.v11i4.3945
Vancouver
Lee WS, Kutty FM. Pendekatan Pembelajaran Aktif Menggunakan Quizizz terhadap Motivasi Murid SKM dalam Penguasaan Kosa Kata. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). 2026;11(4):e003945. doi:10.47405/mjssh.v11i4.3945
BibTeX
@article{Lee2026,
author = {Lee, Wee Sel and Kutty, Faridah Mydin},
title = {Pendekatan Pembelajaran Aktif Menggunakan Quizizz terhadap Motivasi Murid SKM dalam Penguasaan Kosa Kata},
journal = {Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)},
year = {2026},
volume = {11},
number = {4},
pages = {e003945},
doi = {10.47405/mjssh.v11i4.3945}
}
EUVIMED