Lakuan Bahasa Membuat Aduan dalam Masyarakat Cocos di Sabah
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) · 25.04.2026 · 11 (4) · e003912
DOI: 10.47405/mjssh.v11i4.3912 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), online erschienen am 25.04.2026. Verfasst von Dayang Zulaiqha Hashim und 2 weiteren Autor:innen.
Abstract (Originalsprache)
Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk melihat lakuan bahasa yang dibawa oleh masyarakat Cocos di Sabah dalam membuat aduan atau rungutan. Masyarakat Cocos ini mempunyai gaya pengucapan yang agak kasar oleh sesetengah pihak tapi mempunyai makna yang ingin disampaikan. Kajian ini menggunakan borang soal selidik Tugas Penyempurnaan Wacana (TPW) bagi mendapatkan data. Namun kaedah TPW diubahsuai untuk mendapatkan data secara lisan, iaitu dengan cara bertanyakan soalan dan merakam jawapan responden. Seramai 12 orang masyarakat Cocos di Sabah telah ditemu bual yang berumur 20 tahun Data dianalisis dengan menggunakan kerangka konsep yang diperkenalkan oleh Murphy dan Neu (1996). Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa masyarakat Cocos menggunakan kesemua set lakuan bahasa membuat aduan yang diperkenalkan oleh Murphy dan Neu (1996) dalam ujaran aduan yang mereka ujarkan. Hasil kajian ini juga turut menunjukkan bahawa masyarakat Cocos banyak menggunakan strategi aduan dan kurang menggunakan strategi amaran dan meminta penjelasan dalam membuat aduan. Tambahan, hasil dapatan turut menunjukkan bahawa masyarakat Cocos ini cenderung membuat aduan secara langsung disebabkan oleh hubungan yang erat antara satu sama lain tetapi masih mengekalkan kesejahteraan hubungan sesama mereka (Stephan et al., 2010). Kajian seperti ini amatlah penting untuk memperkenalkan kepada masyarakat lain mengenai perbezaan atau keistimewaan sesebuah kaum atau etnik yang terdapat di Malaysia dalam membuat aduan.
Zitieren
APA
Hashim, D. Z., Ahmad, N., & Ahmad, B. E. (2026). Lakuan Bahasa Membuat Aduan dalam Masyarakat Cocos di Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 11(4), e003912. https://doi.org/10.47405/mjssh.v11i4.3912
Vancouver
Hashim DZ, Ahmad N, Ahmad BE. Lakuan Bahasa Membuat Aduan dalam Masyarakat Cocos di Sabah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). 2026;11(4):e003912. doi:10.47405/mjssh.v11i4.3912
BibTeX
@article{Hashim2026,
author = {Hashim, Dayang Zulaiqha and Ahmad, Normah and Ahmad, Badli Esham},
title = {Lakuan Bahasa Membuat Aduan dalam Masyarakat Cocos di Sabah},
journal = {Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)},
year = {2026},
volume = {11},
number = {4},
pages = {e003912},
doi = {10.47405/mjssh.v11i4.3912}
}
EUVIMED