Pembangunan Glosari Bahan Kosmetik Berteraskan Al-Quran: Suatu Analisis Tafsir Tematik (Mawdu'i)
Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) · 24.04.2026 · 11 (4) · e003885
DOI: 10.47405/mjssh.v11i4.3885 ↗Kurz gefasst
Fachartikel in der Zeitschrift Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), online erschienen am 24.04.2026. Verfasst von Muhammad Syukri Mohd Ashmir Wong und 5 weiteren Autor:innen.
Abstract (Originalsprache)
Industri kosmetik global kini sedang mengalami anjakan paradigma ke arah kecantikan bersih (clean beauty) dan kelestarian alam, yang mana menuntut industri kosmetik Halal beralih daripada sekadar pengesahan negatif iaitu ketiadaan derivatif babi dan alkohol kepada pematuhan konsep Halalan Tayyiban secara holistik. Namun begitu, wujud kelompangan yang ketara dalam wacana literatur Islam di mana majoriti penafsiran dalil alam lebih tertumpu kepada perubatan (dalaman) sekali gus menyukarkan industri penyelidikan dan pembangunan memiliki rujukan berpusat bagi aplikasi penjagaan topikal (luaran). Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengekstrak, menganalisis dan membangunkan sebuah glosari bahan kosmetik berteraskan sumber dari Al-Quran. Melalui reka bentuk kualitatif, kajian ini mengaplikasikan metodologi tafsir tematik (Mawdu'i) yang menyilangkan perbahasan ulama silam (Turath) dengan penemuan mukjizat saintifik (I'jaz Ilmi) sarjana kontemporari. Hasil analisa berjaya mengklasifikasikan 6 dimensi bahan kosmetologi utama iaitu buah-buahan premium, sayur-sayuran ruji, herba terapeutik, fauna dan marin, mineral bumi serta proses biokimia. Dapatan kajian mendapati bahawa Al-Quran membentangkan sebuah ekosistem formulasi yang sangat lengkap yang merangkumi agen pelarut, pengawet semula jadi bebas toksik, bahan aktif pembaharuan selular serta menyelesaikan perbahasan hukum modifikasi biokimia seperti penapaian (Istihalah). Kajian ini memberi implikasi besar dengan menawarkan satu piawaian positif yang menyokong penghasilan inovasi kosmetik hijau berteraskan wahyu ilahi.
Zitieren
APA
Wong, M. S. M. A., Borhan, F. P., Harun, N. H., Mamat, N., Mohammad, N., & Hamid, M. F. A. (2026). Pembangunan Glosari Bahan Kosmetik Berteraskan Al-Quran: Suatu Analisis Tafsir Tematik (Mawdu'i). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 11(4), e003885. https://doi.org/10.47405/mjssh.v11i4.3885
Vancouver
Wong MSMA, Borhan FP, Harun NH, Mamat N, Mohammad N, Hamid MFA. Pembangunan Glosari Bahan Kosmetik Berteraskan Al-Quran: Suatu Analisis Tafsir Tematik (Mawdu'i). Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). 2026;11(4):e003885. doi:10.47405/mjssh.v11i4.3885
BibTeX
@article{Wong2026,
author = {Wong, Muhammad Syukri Mohd Ashmir and Borhan, Farrah Payyadhah and Harun, Nur Hafizah and Mamat, Norazlina and Mohammad, Nasharuddin and Hamid, Mohammad Fahmi Abdul},
title = {Pembangunan Glosari Bahan Kosmetik Berteraskan Al-Quran: Suatu Analisis Tafsir Tematik (Mawdu'i)},
journal = {Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)},
year = {2026},
volume = {11},
number = {4},
pages = {e003885},
doi = {10.47405/mjssh.v11i4.3885}
}
EUVIMED