EUVIMEDEUVIMED entdecken
Crossref

Analisis Kesediaan dan Kesesuaian Pembelajaran Morfologi Arab Secara Dalam Talian: Pengalaman Pelajar USIM dan Implikasi Pasca-Pandemik

Zainur Rijal Abdul Razak, Rosni Samah

Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH) · 06.10.2026 · 11 (10) · e004240

DOI: 10.47405/mjssh.v11i10.4240 ↗

Kurz gefasst

Fachartikel in der Zeitschrift Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), online erschienen am 06.10.2026. Verfasst von Zainur Rijal Abdul Razak und 1 weiteren Autor:innen.

AbstractBibliografische AngabenZitierenVerwandte Studien

Abstract (Originalsprache)

Kajian ini meneliti kesediaan pelajar serta kesesuaian pembelajaran kursus teras Morfologi Arab secara dalam talian berdasarkan pengalaman pembelajaran pelajar semasa pandemik COVID-19, kemudian mentafsir semula dapatan tersebut dalam konteks pendidikan tinggi Malaysia pada masa kini. Data soal selidik yang mengandungi 88 respons pelajar tahun tiga program Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi, Universiti Sains Islam Malaysia. Instrumen merangkumi demografi, kesediaan teknologi, pengalaman pembelajaran berdasarkan skala Likert berkaitan keberkesanan, pemahaman, kelangsungan dan sokongan infrastruktur. Analisis deskriptif yang melibatkan data kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai dan lain-lain membantu menjelaskan rumusan kajian yang dibuat. Dapatan menunjukkan bahawa semua responden mempunyai peranti yang sesuai di mana 93.2% melaporkan kemahiran ICT dan 89.8% mempunyai capaian internet yang baik. Namun, 80.7% berpandangan pembelajaran dalam talian hanya sesuai dalam situasi mendesak dan 55.7% tidak bersetuju bahawa subjek bahasa sesuai diajar secara dalam talian. Iaa juga menunjukkan bahawa penilaian keberkesanan pembelajaran Morfologi Arab secara dalam talian adalah sederhana (M = 2.88, SP = 0.87), sementara keperluan persediaan tambahan adalah tinggi (M = 4.17, SP = 0.76). Kesimpulannya, dapatan menunjukkan bahawa kesediaan teknologi tidak boleh disamakan dengan kesesuaian pedagogi. Sebaliknya, data pandemik ini lebih tepat dibaca sebagai bukti sejarah tentang pengalaman emergency remote teaching (ERT) dan tidak boleh membuktikan reka bentuk pembelajaran yang perlu diteruskan dalam keadaan biasa. Kajian mencadangkan model teradun yang mengekalkan latihan digital berulang dan akses sumber, sambil memberi ruang interaksi bersemuka bagi demonstrasi, pembetulan dan latihan morfologi yang intensif.

Zitieren

APA

Razak, Z. R. A., & Samah, R. (2026). Analisis Kesediaan dan Kesesuaian Pembelajaran Morfologi Arab Secara Dalam Talian: Pengalaman Pelajar USIM dan Implikasi Pasca-Pandemik. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 11(10), e004240. https://doi.org/10.47405/mjssh.v11i10.4240

Vancouver

Razak ZRA, Samah R. Analisis Kesediaan dan Kesesuaian Pembelajaran Morfologi Arab Secara Dalam Talian: Pengalaman Pelajar USIM dan Implikasi Pasca-Pandemik. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH). 2026;11(10):e004240. doi:10.47405/mjssh.v11i10.4240

BibTeX
@article{Razak2026,
  author = {Razak, Zainur Rijal Abdul and Samah, Rosni},
  title = {Analisis Kesediaan dan Kesesuaian Pembelajaran Morfologi Arab Secara Dalam Talian: Pengalaman Pelajar USIM dan Implikasi Pasca-Pandemik},
  journal = {Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)},
  year = {2026},
  volume = {11},
  number = {10},
  pages = {e004240},
  doi = {10.47405/mjssh.v11i10.4240}
}
Kostenlos starten →